Berita Harian

UPP tunggu kelulusan ROS guna nama, logo baharu

Langkah transforma­si pastikan parti terus relevan

- Oleh Harun Yahya

Parti Rakyat Bersatu (UPP) kini sedang dalam proses memohon kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS), bagi menggunaka­n nama dan logo baharu.

Presiden UPP, Datuk Seri Wong Soon Koh, berkata ia sebahagian daripada transforma­si dilaksanak­an parti berkenaan, bagi memastikan­nya relevan dengan perkembang­an semasa.

“UPP bakal dikenali dengan nama baharu, iaitu Parti Rakyat Bersatu (PRB). Kita berharap permohonan ini dapat diluluskan segera bagi membolehka­n kita merangka perancanga­n seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan Yang di-pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Raghad Kurdi Taib ke rumah terbukanya sempena Tahun Baharu Cina di sini, semalam.

Teliti syor sertai GPS

Sementara itu, Soon Koh mendedahka­n pihaknya juga sedang meneliti kemungkina­n menyertai Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Itu sedang kita pertimbang­kan. Kita belum membuat apaapa permohonan kerana masih menunggu kelulusan nama dan logo baharu parti kita.

“Ia bukan keputusan yang mudah. Kita perlu mengambil kira pandangan semua pihak, khususnya ahli jawatankua­sa pusat dan pendirian akar umbi. Ada proses untuk melakukann­ya,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Soon Koh yang juga Menteri Kewangan II Sarawak yakin, ekonomi negeri terus berada pada landasan kukuh tahun ini.

“Kita mengunjurk­an perkembang­an positif untuk ekonomi Sarawak. Kita yakin 2019 bakal menjadi tahun yang rancak untuk Sarawak,” katanya.

 ??  ?? Dari kanan; Raghad, Abdul Taib, Soon Koh dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di rumah terbuka Presiden UPP sempena Tahun Baharu Cina di Sibu, semalam.
Dari kanan; Raghad, Abdul Taib, Soon Koh dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di rumah terbuka Presiden UPP sempena Tahun Baharu Cina di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia