Berita Harian

Mangsa mahu guna wang ihsan bina semula rumah

-

Putatan: Sebahagian mangsa kebakaran di Pasir Putih di sini, berhasrat mahu menggunaka­n wang bantuan RM500 yang diterima, untuk membina semula rumah mereka yang musnah bulan lalu.

Seorang penerima bantuan, Tianti Tanpa, 56, berkata walaupun bantuan itu tidak banyak, namun wang berkenaan dapat membantu mereka membeli serba sedikit barang keperluan membina semula rumah di tapak asal kebakaran.

“Sudah sebulan kami tinggal di sini dan keadaan memang kurang selesa. Kami sekeluarga berusaha mengumpul wang membina semula rumah yang musnah.

Beli barang keperluan bina semula rumah

“Jadi wang bantuan yang diterima ini dapatlah digunakan untuk membeli serba sedikit barang keperluan membina semula rumah itu nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima bantuan daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Dewan Serbaguna Putatan di sini, semalam.

Dr Wan Azizah dalam lawatannya itu turut menyampaik­an wang ihsan bantuan bencana negara kepada 78 keluarga yang terjejas akibat kebakaran itu.

Seorang lagi penerima, Dayang Nursyazwan­i Ismail, 17, berkata, dia terpaksa menggunaka­n kotak bekas air minuman untuk dijadikan meja tempat mengulangk­aji pelajaran, sepanjang sebulan ‘berkampung’ di pusat pemindahan itu.

Katanya lagi, selepas kejadian kebakaran itu sebahagian mangsa, termasuk keluargany­a masih lagi menetap di dewan itu.

“Saya dan nenek masih berada di sini kerana belum ada tempat tinggal, manakala rumah kami sebelum ini musnah sepenuhnya dan setakat ini belum ada kemampuan untuk membinanya semula.

Terpaksa guna kotak bekas air jadikan meja belajar

“Sekarang saya terpaksa menyusun kotak bekas air untuk dijadikan meja belajar supaya dapat mengulangk­aji dengan selesa,” katanya yang akan menghadapi peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini.

Tambah Dayang lagi, sebelum ini neneknya yang menyara perbelanja­an persekolah­annya dengan menjual kuih, tetapi sejak kejadian itu mereka sudah tidak berniaga.

“Sekarang nenek sudah tidak dapat menjual kuih. Mujur ada pemberian sedekah daripada orang ramai untuk dijadikan belanja persekolah­an setiap hari,” katanya.

Sehubungan itu, Dayang berharap dengan bantuan yang diterima hari ini dapat membeli sedikit barang keperluan membina semula rumah mereka, supaya keluargany­a dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Pada 11 Januari lalu, sebanyak 55 rumah musnah dalam kebakaran menyebabka­n lebih 300 mangsa tinggal sehelai sepinggang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia