Berita Harian

Syor portal bantu OKU cari kerja

-

Sandakan: Bagi Muhamad Azman Md Agin, 24, memiliki ijazah bukanlah jaminan boleh mendapat pekerjaan, lebih-lebih lagi Orang Kurang Upaya (OKU) sepertinya.

Mendakwa sudah lebih lima kali menghadiri temuduga, bekas graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Sumber Manusia dengan kepujian itu, akhirnya mengambil keputusan memasuki Pusat Latihan Taman Cahaya selepas usaha mendapatka­n pekerjaan sejak lebih setahun lalu masih belum membuahkan hasil.

Anak kedua daripada tiga beradik itu memasuki pusat itu, iaitu satu-satunya pusat bagi melatih orang buta di Sabah sejak tiga minggu lalu.

Ketika ditemui, Muhamad Azman yang berasal dari Tawau mengalami masalah penglihata­n sejak kecil berkata, dia mengikuti pelbagai temuduga sama ada di sektor swasta dan kerajaan selepas tamat pengajian pada 2017, namun sehingga kini rezeki tidak berpihak kepadanya.

Gagal dapat kerja

Lebih mengecewak­an, katanya, ada antara pihak yang tidak memberi borang untuk mengisi kerja kosong kepadanya kerana mendakwa cuma mahukan calon yang ‘sempurna.’

“Selepas begitu lama menganggur, saya ambil keputusan masuk ke sini dengan harapan dapat menimba kemahiran seperti mengurut, bertani, menggunaka­n braille dan menganyam.

“Selepas masuk ke sini baru saya belajar menggunaka­n tongkat putih untuk orang buta. Di universiti ada kemudahan disediakan, tetapi kami tidak diajar bagaimana guna dengan cara yang betul,” katanya sambil memberitah­u pernah bercitacit­a menjadi guru, namun terpaksa melupakan impiannya kerana sedar kekurangan diri.

Bercerita lebih lanjut, Muhamad Azman yang juga bekas pelajar terbaik Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuhara, Tawau, berkata biarpun kerajaan mewujudkan dasar satu peratus pekerja OKU di sektor awam menjelang 2020, sasaran itu masih jauh untuk dicapai dengan sebahagian besar pihak kurang kesedaran mengenai keperluan OKU.

Katanya, dia sendiri pernah mengikuti temuduga secara atas talian menerusi Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam (SPA), namun gagal kerana masa yang diperuntuk­kan terhad, sama seperti calon biasa bukan OKU.

“Sistem temuduga secara atas talian oleh SPA8 tidak dapat mengesan calon OKU atau biasa. Dalam keadaan penglihata­n terhad, sukar bagi saya untuk menjawab lebih cepat mengikut masa diperuntuk­kan.

“Kerajaan negeri seperti Johor menyediaka­n portal khusus untuk pencari kerja OKU, sekali gus mengiktira­f penduduk mereka dalam kalangan OKU.

“Sabah seharusnya menyediaka­n kemudahan seperti itu membantu OKU seperti kami mencari pekerjaan,” katanya.

Muhamad Azman berkata, dia kini merancang untuk menimba pengalaman dan kemahiran di pusat latihan berkenaan, sebelum mencari pekerjaan di Pusat Dalam Komuniti (PDK) untuk melatih OKU.

 ??  ?? Muhamad Azman Md Agin
Muhamad Azman Md Agin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia