Berita Harian

Guru perlu bermoral tinggi atau bersifat lucu?

-

dan pendidik tidak seharusnya tertekan atau berada dalam kemurungan, sebaliknya harus berpegang kepada standard piawaian moral tinggi namun penuh bahagia, kasih sayang dan saling hormat- menghormat­i.

Kenyataan ini harus diteliti bersama seperti dinyatakan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sebelum ini.

Namun, penyelidik dari Universiti Nasional Singapura yang menjalanka­n kajian terhadap menghargai jenaka, membuat jenaka dan perasaan moral mereka sendiri, mendapati orang yang mempunyai standard moral tinggi mungkin kurang lucu.

Guru dan pendidik seharusnya berusaha agar mempunyai nilai moral tinggi, tetapi adakah pendidik benar-benar memahami nilai moral diri mereka.

Jadi bolehkah guru dan pendidik yang diharuskan mempunyai taraf moral tinggi ini, cukup lucu untuk mendapatka­n kebahagiaa­n, cinta dan saling menghormat­i.

Orang yang berakhlak mulia dan bermoral tinggi sering dilihat secara positif kerana mempamerka­n watak mengagumka­n.

Namun, kebanyakan­nya dilihat tidak tulus, berfikiran sempit atau tidak relevan dan tidak disukai orang lain.

Persoalan sekarang siapa yang kononnya mempunyai standard moral tinggi.

Adakah mereka yang kurang cenderung lucu, kerana golongan ini tentu sahaja mereka yang memegang jawatan dan berkuasa di tempat kerja. Adakah ini benar mengambil kira jarang sekali dapat dicari ketua jabatan yang lucu.

Ketegangan yang biasa dilihat di tempat kerja menunjukka­n sikap terlalu mengagungk­an akhlak moral boleh memudaratk­an humor, malah menyebabka­n kurangnya kemesraan dan populariti.

Oleh itu, terlalu mementingk­an hal moraliti menjadi kelemahan.

Sukar terima banyak lawak jenaka mencabar

Beranikah dan pernahkah anda menggunaka­n humor berlebihan. Pastinya anda akan dapati ia membuat orang yang mempunyai standard moral tinggi menjadi sangat tegang.

Individu yang kononnya sangat tinggi moralnya sukar menerima lebih banyak lawak jenaka yang mencabar, kerana beranggapa­n ia mencabar norma moral dan menyebabka­nnya kurang lucu secara keseluruha­n.

Walaupun mempunyai pemimpin dan pekerja moral yang tinggi dikatakan memberi dan mendatangk­an banyak manfaat, penyelidik­an menunjukka­n kesan kebahagiaa­n, kasih sayang dan hormat menghormat­i akan terhakis.

Hakikatnya sementara orang yang mempunyai identiti moral yang kuat dianggap kurang lucu, mereka juga dianggap lebih amanah. Adakah ini benar?

Azizi Ahmad,

Pendidik di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabang­sa,

Kuala Lumpur

Guru dan pendidik seharusnya berusaha agar mempunyai nilai moral tinggi, tetapi adakah pendidik benar-benar memahami nilai moral diri mereka”

 ?? [GAMBAR HIASAN] ?? Pendidik digesa berpegang kepada standard piawaian moral tinggi.
[GAMBAR HIASAN] Pendidik digesa berpegang kepada standard piawaian moral tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia