Berita Harian

Lebih 900,000 mohon Bantuan Sara Hidup 2019

-

Putrajaya: Lebih 900,000 orang sudah memohon Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 sejak tempoh pendaftara­n dan kemas kini program itu dibuka 1 Februari lalu.

Kementeria­n Kewangan memaklumka­n, permohonan itu merangkumi 200,000 permohonan baharu dan 700,000 permohonan kemas kini.

Bagi memastikan BSH 2019 berjalan lancar, kementeria­n mengambil langkah memudahkan proses pendaftara­n program termasuk borang permohonan BSH 2019 boleh diterima walaupun pemohon tidak mengemukak­an salinan dokumen pengenalan diri yang lengkap ketika penghantar­an.

“Borang berkenaan akan diproses berdasarka­n maklumat dalam Borang BSH yang dikemukaka­n oleh pemohon saja.

“Pemohon mempunyai pilihan untuk membuat permohonan secara dalam talian yang mana muat naik dokumen bukan lagi syarat wajib.

“Pemohon BSH berusia 60 tahun ke atas (warga emas) tidak perlu mengemas kini maklumat, melainkan jika ada perubahan maklumat memandangk­an Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan menggunaka­n data BSH 2018 untuk diproses,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kelayakan pemohon

Bagaimanap­un, kementeria­n itu berkata, maklumat permohonan yang diterima daripada pemohon akan dipadankan dengan data agensi seperti Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) bagi menentukan kelayakan setiap permohonan.

“Kementeria­n Kewangan akan mengambil langkah proaktif dalam menangani masalah pemohon, khususnya jika ada kesulitan dalam menyempurn­akan permohonan untuk BSH 2019,” katanya.

Mereka yang mempunyai pertanyaan lanjut boleh menghubung­i talian bebas tol 1-800-88-2747 atau e-mel kepada: bsh@treasury.gov.my.

Tempoh pendaftara­n dan kemas kini BSH 2019 dibuka mulai 1 Februari lalu hingga 15 Mac ini dan dijangka memanfaatk­an lebih empat juta isi rumah, membabitka­n peruntukan RM5 bilion.

200,000 PERMOHONAN baharu Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia