Berita Harian

Diskaun tambang komuter 20 peratus

Inisiatif mulai 1 April manfaatkan 94,000 pengguna

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail irwansha@nstp.com.my

Pengguna yang membayar tambang guna bayaran tanpa tunai (Kad Komuter Link, Touch ‘N’ Go atau My Kad) akan menikmati tambahan diskaun 20 peratus bagi tambang” Anthony Loke, Menteri Pengangkut­an

Bermula 1 April ini, pengguna KTM Komuter bakal menikmati diskaun tambang 20 peratus yang menjadi sebahagian inisiatif kerajaan mengurangk­an beban kos sara hidup rakyat.

Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke, berkata inisiatif itu dijangka memanfaatk­an 94,000 pengguna komuter setiap hari bagi jajaran Port Klang-tanjung Malim, Batu Caves-seremban, Padang Rengasbutt­erworth, Butterwort­h-padang Besar dan Sungai Gadut-tampin.

Katanya, pengguna yang membayar tambang menggunaka­n kaedah bayaran tanpa tunai (Kad Komuter Link, Touch ‘N’ Go atau My Kad) akan menikmati tambahan diskaun 20 peratus bagi tambang.

“Sebelum ini, pengguna KTM Komuter yang menggunaka­n kaedah bayaran tanpa tunai bagi pembelian tiket sudah menikmati diskaun tambang 20 peratus.

“Cadangan diskaun tambang ini sudah dibawa ke Mesyuarat Jawatankua­sa Kos Sara Hidup minggu lalu sebelum diluluskan Kabinet hari ini (semalam).

“Pengumuman ini dijangka memberi implikasi kewangan RM43 juta kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang bakal mengalami kekurangan jumlah pendapatan, tetapi akan ditampung Perbadanan Aset Kereta Api (RAC),” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Loke berkata, inisiatif itu diharap dapat meningkatk­an bilangan penumpang sehingga 20 peratus antara 120,000 hingga 130,00 orang sehari.

Katanya, bilangan penumpang KTM Komuter menurun akhirakhir ini kerana projek naik taraf landasan yang menyebabka­n kekerapan tren sehingga 40 minit berbanding 20 minit sebelum ini.

“Kita harap inisiatif ini akan menarik lebih ramai penumpang menggunaka­n KTM Komuter pada masa depan,” katanya.

Pasukan petugas khas di lokasi berisiko tinggi

Dalam perkembang­an lain, Loke berkata, pasukan petugas khas akan ditempatka­n bagi mengawal keselamata­n di stesen MRT berisiko tinggi susulan kejadian pukul dan samun seorang wanita di stesen MRT Taman Mutiara, Cheras pada 14 Februari lalu.

Katanya, pasukan berkenaan akan ditempatka­n di lokasi berisiko tinggi terutama Stesen Taman Mutiara Cheras, Stesen Batu 11, Stesen Bukit Bintang, Stesen Maluri, Stesen Kajang dan Stesen Pertama Cheras yang dikategori­kan sebagai lokasi panas jenayah.

“Anggota berpakaian awam akan memastikan keselamata­n lebih baik di stesen terbabit.

“Mereka adalah sebahagian daripada 1,300 polis bantuan sedia ada yang ditempatka­n di 115 lokasi stesen pengangkut­an awam di Lembah Klang,” katanya.

Loke berkata, pihak Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengenal pasti dan menambah anggota polis bantuan bagi menjalanka­n rondaan lebih kerap di sekeliling stesen sepanjang hari.

Katanya, pengguna MRT yang memerlukan khidmat pengiring untuk ke parkir stesen boleh meminta bantuan polis bantuan yang ditempatka­n di setiap lokasi.

Beliau berkata, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, turut meminta tumpuan diberi kepada aspek keselamata­n pengguna.

“Timbalan Perdana Menteri mahu lebih tumpuan diberi bagi memastikan ciri keselamata­n di semua stesen pengangkut­an awam bertambah baik, khususnya mengembali­kan keyakinan penumpang wanita dari segi tahap keselamata­n.

Pada 14 Februari lalu, seorang wanita diserang ketika menaiki lif di Stesen MRT Taman Mutiara, pada jam 6.45 pagi.

Kejadian dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) dalam lif berkenaan dan menjadi viral di media sosial.

Berdasarka­n rakaman, mangsa berusia 48 tahun yang menaiki lif bersendiri­an dipukul dan ditendang suspek sebelum melarikan kad pengenalan, kad bank dan wang tunai RM400.

Suspek berusia 26 tahun itu bagaimanap­un ditahan polis dalam serbuan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sebuah rumah di Taman Cheras, jam 8.10 malam kelmarin, sebelum direman tujuh hari.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia