Berita Harian

Menteri jamin pantau tahap kesihatan, persekitar­an

-

Putrajaya: Kementeria­n Kesihatan memberi jaminan akan membuat pemantauan aspek kesihatan dan persekitar­an susulan penamatan tempoh moratorium kegiatan perlombong­an dan pengekspor­tan bauksit di Pahang pada 31 Mac ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata pihaknya akan meneliti kajian daripada statistik yang diperoleh kelak, termasuk jangkitan pernafasan, kualiti udara, kualiti buah-buahan, air dan logam berat.

“Apa yang penting, kita mahu pastikan rakyat tidak menderita. Kita akan pantau semua kemudahan kesihatan dan melihat (data) garis asas jika ada peningkata­n seperti unsur toksik yang masuk disebabkan kegiatan ini.

“Kita mempunyai kemudahan kesihatan di seluruh negara bagi tujuan pemantauan dan Jabatan Alam Sekitar juga akan turut membuat pemantauan mereka. Kita akan memantau setiap masa,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Isnin lalu, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar, berkata tempoh moratorium kegiatan perlombong­an dan pengekspor­tan bauksit di Pahang yang bermula 15 Januari 2016 akan tamat pada 31 Mac ini dan tidak akan disambung.

Kabinet bincang isu bauksit

Mengulas lanjut, Dzulkefly berkata, isu bauksit itu turut dibincangk­an pada mesyuarat Kabinet semalam dan kementeria­n yang terbabit tidak akan bergerak secara berasingan dalam mengendali­kan isu berkenaan.

Mengenai aduan daripada pihak farmasi bahawa mereka tidak dibabitkan dalam perancanga­n program Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (Peka B40), Dzulkefly berkata, kementeria­nnya sudah berbincang dan mengadakan perjumpaan townhall dengan pihak berkenaan yang turut membabitka­n pengurusan tertinggi kementeria­n.

“Kita sering berbincang dan sehingga kini, kita masih ada masa untuk berbincang lebih lanjut, antaranya mengenai peranan farmasi, pengamal kesihatan dan kemudahan kesihatan.

“Kita mahu PEKA ini didukungi semua penyedia perkhidmat­an kesihatan dan sudah tentu saya mahu semua ahli farmasi dan pengamal kesihatan terbabit untuk melaksanak­an program ini,” katanya.

Kita akan pantau semua kemudahan kesihatan dan melihat (data) garis asas jika ada peningkata­n seperti unsur toksik yang masuk disebabkan kegiatan ini” Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia