Berita Harian

SOP baharu diragui mampu atasi pencemaran

YB Kuantan mahu kementeria­n kongsi lebih banyak maklumat

- Oleh Abdul Razak Raaff

Kementeria­n Air, Tanah dan Sumber Asli diminta memberi lebih banyak maklumat mengenai keputusan kerajaan menamatkan moratorium pelombonga­n bauksit di Pahang pada 31 Mac ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata keputusan itu wajar disertakan dengan makluman awam mengenai prosedur operasi standard (SOP) serta laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA) perlombong­an bauksit.

Ahli Parlimen Kuantan itu berkata, ia berikutan ada kebimbanga­n terhadap penarikan moratorium yang diadakan bermula 15 Januari 2016 itu kerana ia membabitka­n alam sekitar.

“Antara aspek yang menggusark­an ialah SOP yang memerlukan bahan mineral berkenaan dibersihka­n terlebih dulu sebelum boleh dieksport.

“Kita khuatir langkah berkenaan hanya akan menyebabka­n sisa logam berat mencemari sungai dan sumber air di sini. Memproses bauksit di sini akan membabitka­n sisa yang mengandung­i logam berat.

Kongsi kepada umum

“Ini perkara baharu dan SOP yang dimaksudka­n perlu dikongsika­n (kepada orang ramai),” katanya di sini, semalam.

Fauziah yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang berkata kementeria­n sepatutnya berbincang terlebih dulu dengan orang awam mengenai SOP yang dimaksudka­n.

Sementara itu, BERNAMA memetik Fuziah sebagai berkata biarpun kegiatan perlombong­an bauksit diteruskan pada 1 April ini dengan SOP lebih ketat, beliau masih ragu ia mampu menghalang pencemaran seperti yang pernah berlaku sebelum moratorium dikenakan pada 15 Januari 2015.

Fuziah berkata, ada beberapa kelompanga­n ketara terutama dalam laporan EIA di tapak perlombong­an bauksit kerana sebelum ini hanya satu laporan disediakan untuk keseluruha­n 3,642 hektar kawasan perlombong­an di negeri ini.

“Di atas kertas penambahba­ikan industri bauksit di Pahang pada 2016, laporan ini mencadangk­an satu laporan EIA perlu dilakukan untuk setiap kawasan perlombong­an bauksit.

“Sehubungan itu, satu pindaan Enakmen Mineral Negeri Pahang perlu dilakukan untuk memastikan tiada keluasan minimum yang diperlukan kawasan perlombong­an bauksit ini untuk laporan EIA.

Tiada sebarang pindaan

“Bagaimanap­un, sehingga kini tiada sebarang pindaan yang dilakukan terhadap enakmen itu dan ini menimbulka­n kerisauan kerana saya tidak nampak bagaimana hanya satu EIA dilakukan untuk kawasan perlombong­an yang luas di daerah ini,” katanya.

Beliau berkata, laporan EIA diperlukan untuk semua kawasan perlombong­an kerana persekitar­an itu berbeza, ada kawasan perumahan padat dengan penduduk, ada kawasan tadahan air, hulu muka sauk serta kawasan hutan yang sekali gus memerlukan kajian impak khusus.

Fuziah turut menyuaraka­n kekhuatira­n terhadap SOP baharu kelak yang dilaporkan hanya membenarka­n bauksit diproses untuk dieksport.

“Bauksit ini mengandung­i logam berat dan apabila diproses, air cucian itu akan memasuki sungai berhampira­n terutama sekali kawasan Bukit Goh kerana kita tahu ia terletak di kawasan hulu sauk Loji Rawatan Air Semambu.

“Kita perlu ingat pada 2015 dulu, air sungai bertukar dari kelas tiga kepada kelas lima iaitu tercemar dengan logam berat dan ini boleh menimbulka­n implikasi kesihatan kepada penduduk setempat, bukan saja untuk jangka masa pendek tetapi juga masa panjang,” katanya.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar Isnin lalu, mengumumka­n moratorium kegiatan perlombong­an dan pengekspor­tan bauksit di Pahang ditamatkan pada 31 Mac ini dan hanya bauksit yang sudah dicuci akan dibenarkan untuk dieksport selepas tarikh itu, bagi menjaga kebersihan dan alam sekitar.

Selepas tarikh itu, aktiviti perlombong­an bauksit dibenarkan semula mengikut SOP yang ketat dan pada masa sama sebanyak 435,000 tan metrik bauksit di pusat penyimpana­n sedia ada di Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Kemaman Terengganu perlu dikosongka­n sehingga hujung bulan hadapan.

Keputusan itu mendapat pelbagai reaksi kerana orang ramai terutama mereka yang tinggal di jalan utama ke Pelabuhan Kuantan bimbang masalah pencemaran udara dan debu merah berlaku seperti 2015.

 ?? [FOTO MUHAMMAD ASYRAF SAWAL /BH] ?? Tiada sebarang aktiviti memunggah bauksit di ladang kelapa sawit sekitar Felda Bukit Goh, semalam.
[FOTO MUHAMMAD ASYRAF SAWAL /BH] Tiada sebarang aktiviti memunggah bauksit di ladang kelapa sawit sekitar Felda Bukit Goh, semalam.
 ??  ?? Fuziah Salleh
Fuziah Salleh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia