Berita Harian

Australia tolak rayuan pembebasan Sirul

-

Kuala Lumpur: Tribunal Rayuan Pentadbira­n Australia menolak permohonan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sirul Azhar Umar, supaya dibebaskan daripada menjadi tahanan imigresen.

Berikutan keputusan yang dibuat Isnin lalu itu, menyebabka­n Sirul yang ditahan pada 2013 berikutan visa dan pasportnya sudah tamat tempoh, akan terus menjadi tahanan imigresen di Pusat Tahanan Villawood, Sydney.

Peguam Hasnal Rezua Merican yang mengendali kes terhadap Sirul di Mahkamah Tinggi sehingga Mahkamah Persekutua­n di sini berkata, bekas anggota polis itu masih berpeluang untuk merayu dengan membawa kes itu ke mahkamah di Australia.

Rayu diberi visa perlindung­an

“Sirul membuat permohonan di Tribunal Pentadbira­n supaya dia diberi visa perlindung­an oleh imigresen Australia, tapi ditolak dan kemudian dia merayu di Tribunal Rayuan Pentadbira­n.

“Dia datang ke Australia sebagai pelancong selepas Mahkamah Rayuan pada 2013 membatalka­n hukuman gantung sampai mati terhadapny­a dan Azilah Hadri serta melepas dan membebaska­n mereka.

“Jadi dakwaan mengatakan dia melarikan ke Australia ketika itu adalah tidak benar. Ketika berada di negara itu, Mahkamah Persekutua­n yang mendengar rayuan itu membuat keputusan mengekalka­n hukuman mati terhadapny­a dan Azilah.

“Selepas itu, Polis Antarabang­sa (INTERPOL) mengeluark­an red alert atau notis merah terhadap Sirul kerana dikehendak­i Malaysia, bagi kes mahkamah berhubung pembunuhan model Mongolia Altantuya Sharibu.

“Malaysia dan Australia mempunyai perjanjian extradisi tetapi Australia tidak membenarka­n seseorang itu dihantar pulang ke negara asal, untuk menghadapi hukuman mati.

Bukan permohonan suaka politik

“Kes ini bukan permohonan suaka politik seperti yang dilaporkan, ia adalah mengenai masalah imigresen yang dihadapi Sirul,” katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Ketika ditanya sama ada Sirul boleh dihantar balik ke Malaysia selepas tribunal menolak permohonan­nya, Hasnal berkata tidak kerana dia masih berpeluang membawa kes itu ke Mahkamah Agung Australia.

Hasnal berkata, sekiranya permohonan Sirul berjaya di Mahkamah Agung, bekas anggota polis itu akan menjadi individu bebas di negara itu dan kemudian boleh memohon menjadi pemastauti­n tetap di negara itu.

“Jika rayuannya ditolak pada peringkat mahkamah, Sirul akan terus menjadi tahanan imigresen,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia