Berita Harian

Stadlen didakwa arah keluar RM15 juta babit 43 transaksi

Pendakwaan terhadap bekas penasihat media Najib dilaksana tanpa kehadiran tertuduh

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali dan Ilah Hafiz Aziz

Bekas penasihat media Datuk Seri Najib Razak, Paul Stadlen, semalam didakwa dengan dua tuduhan mengarahka­n pengeluara­n wang dalam 43 transaksi hasil kegiatan haram berjumlah hampir RM15 juta.

Pendakwaan terhadap Stadlen dibuat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret, di sini, tanpa kehadiran tertuduh (in absentia).

Arah keluar wang dalam 27 transaksi

Bagi tuduhan pertama, Stadlen didakwa mengarahka­n pengeluara­n wang dalam 27 transaksi membabitka­n hasil kegiatan haram berjumlah RM8,111,322.43 daripada akaun pelanggan firma guaman Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Bayar kepada individu, syarikat

Pengeluara­n wang terbabit adalah bertujuan untuk dibayar kepada beberapa individu dan syarikat.

Perbuatan itu didakwa dilakukan antara Jun 2014 dan Disember 2015 mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFA) 2001.

Bagi tuduhan kedua, tertuduh didakwa mengarahka­n pengeluara­n wang dalam 16 transaksi hasil kegiatan haram berjumlah RM6,139,978.34, daripada firma guaman yang sama, juga untuk dibayar kepada beberapa individu dan syarikat.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara Januari dan Ogos 2015, mengikut seksyen dan akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum denda maksimum RM5 juta atau penjara lima tahun.

Stadlen yang juga warga negara Britain, dikatakan menghilang­kan diri sejak kekalahan Najib ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), pada Mei tahun lalu.

SPRM sebelum ini mengeluark­an kenyataan media untuk mengesan Stadlen, bagi membantu siasatan dalam sebuah kes berprofil tinggi membabitka­n 1MDB.

Menurut kenyataan berkenaan, lelaki terbabit dikesan melalui alamat terakhirny­a di A29-8, Blok A, Loft Sentral Condominiu­m, Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral, Kuala Lumpur.

 ??  ?? Paul Stadlen
Paul Stadlen
 ??  ?? Keratan akhbar BH 2 November lalu.
Keratan akhbar BH 2 November lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia