Berita Harian

Ribuan al-quran cuba diseludup guna kontena dirampas

-

Klang: Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) merampas ribuan naskhah al-quran bernilai RM502,800 yang cuba diseludup masuk menggunaka­n kontena di Pelabuhan Utara di sini, kelmarin.

Difahamkan, kitab suci dari Indonesia itu diseludup bagi pasaran tempatan dan dijual secara dalam talian berikutan permintaan tinggi terutama menjelang Ramadan.

Bagaimanap­un, al-quran berkenaan tidak diisytihar­kan dalam dokumen Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), selain tidak mendapat kebenaran import daripada Lembaga Pengawalan, Pelesenan dan Pencetakan Teks Al-quran (LPPPQ).

Cubaan itu dibongkar Bahagian Penguatkua­saan dan Kawalan (PKK) KDN Selangor yang merampas semua al-quran berkenaan untuk tindakan lanjut.

Pengarahny­a, Feisal Mohd Ali, berkata rampasan dibuat selepas pihaknya menerima maklumat daripada JKDM berkaitan satu kontena yang mengandung­i kitab suci itu, kira-kira jam 2 petang kelmarin.

“Sepasukan 10 pegawai dan anggota bergegas ke pelabuhan berkenaan untuk menjalanka­n pemeriksaa­n menyeluruh.

“Ia membawa kepada penemuan 192 kotak mengandung­i 5,050 naskhah al-quran bersaiz kecil dan besar dianggar bernilai RM502,800.

Naskhah berasal dari Indonesia

“Semua naskhah berasal dari Indonesia dan membabitka­n empat jenis terbitan,” katanya pada sidang media di Pejabat PKK KDN Cawangan Pelabuhan Klang di Bandar Bukit Tinggi di sini, semalam.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 7 (1) dan Seksyen 8 Akta Percetakan al-quran (APTQ) 1986 kerana mengimport teks al-quran tanpa kebenaran LPPPQ, selain tidak mengandung­i maklumat terdadah tentu yang ditetapkan.

“Kita masih menjalanka­n siasatan lanjut termasuk mengenal pasti pemilik sebenar pengimport semua naskhah al-quran itu bagi membantu siasatan,” katanya.

Feisal berkata, kandungan al-quran itu dikhuatiri menyalahi dari segi ayat dan baris sehingga boleh menyebabka­n umat Islam salah membaca serta menyimpang daripada maksudnya.

“Al-quran itu mempunyai kandungann­ya yang turut dieja dalam tulisan rumi sedangkan Majlis Fatwa Kebangsaan sudah mengharamk­an ejaan ayat suci dalam tulisan berkenaan.

“Kami dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mendapati ia tidak mengikut konsep resam Uthmani yang ditetapkan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menjalanka­n pemeriksaa­n di pejabat pos, pusat kurier dan premis menjual teks al-quran di negeri ini.

 ?? [FOTO FAIZ ANUAR/BH] ?? Feisal pada sidang media di Pejabat Cawangan KDN Klang, semalam.
[FOTO FAIZ ANUAR/BH] Feisal pada sidang media di Pejabat Cawangan KDN Klang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia