Berita Harian

Terlalu awal tarik balik moratorium lombong bauksit

-

Orang awam terutama penduduk yang tinggal berdekatan Pelabuhan Kuantan perlu diberi maklumat terperinci mengenai keputusan kerajaan menarik balik moratorium pelombonga­n bauksit di Pahang. Moratorium itu dilaporkan hanya ditarik balik selepas prosedur operasi standard (SOP) baharu berhubung perlombong­an, pengangkut­an, pengurusan stok simpanan dan pengekspor­tan bauksit dimuktamad­kan. Apa yang membimbang­kan kita ialah kesan terhadap alam sekitar dan masyarakat setempat, yang terjejas ekoran kegiatan perlombong­an. Sepatutnya, keputusan menarik balik larangan sejak tiga tahun lalu itu, disertakan dengan pemakluman awam mengenai SOP serta laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA) pelombonga­n bauksit. Malah jika ada SOP baharu sekali pun, apakah jaminan pengusahan­ya akan mematuhiny­a? Mungkin terlalu awal menarik balik moratorium itu, kerana selain pemakluman awam, SOP baharu perlu lebih ketat. Idea asal untuk menghentik­an kegiatan itu sebelum ini bukan sahaja untuk menghentik­an industri, malah menghentik­annya daripada mencemar alam sekitar kerana ia menjejaska­n rumah, sungai, jalan raya dan sekolah, yang warnanya bertukar menjadi merah. Lebih 500 penduduk terjejas terutama di Kampung Selamat yang tinggal bersebelah­an Pelabuhan Kuantan. Tiga tahun selepas moratorium bermula 15 Januari 2016 hingga sekarang, hidup mereka tenang, tetapi ia mungkin bertukar selepas ini berikutan keputusan kerajaan menarik balik moratorium itu. Apa sekalipun bentuk industri di negara kita, soal alam sekitar dan kehidupan penduduk setempat, perlu diambil kira supaya tidak terjejas.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia