Berita Harian

Jadikan sistem pilihan raya tak membazir

-

Selepas berakhir Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018, enam pilihan raya kecil (PRK) dikendalik­an Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR). Ketika ini, proses kempen PRK sedang rancak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Ia adalah PRK keenam diadakan dalam tempoh hampir 10 bulan selepas PRU-14. Namun, belum pun selesai PRK di DUN Semenyih, PRK bagi DUN Rantau di Negeri Sembilan bakal menyusul pula. Lima PRK yang diadakan sebelum ini adalah di DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos tahun lalu, manakala PRK DUN Seri Setia dan Balakong berlangsun­g serentak pada 8 September lalu.

Dua lagi PRK bagi Parlimen Port Dickson pula 12 September, manakala PRK Cameron Highlands baru selesai pada 26 Januari lalu.

Empat PRK bagi kawasan DUN, termasuk ketika ini di Semenyih terpaksa diadakan susulan kematian penyandang­nya. Namun, di Parlimen Port Dickson dan Cameron Highlands, PRK diadakan kerana faktor teknikal dan perundanga­n.

Yang pasti, SPR ketika ini sedang menunggu pengumuman kekosongan kerusi DUN Rantau daripada Speaker DUN Negeri Sembilan sebelum menetapkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi.

Laksana prinsip demokrasi

Ini adalah kos yang perlu dibayar untuk melaksanak­an prinsip dan nilai demokrasi menerusi PRK seperti dikehendak­i Peraturan 2, Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 apabila wujud kekosongan bagi kerusi DUN dan Parlimen selagi belum sampai tempoh matang Kerajaan Pusat atau negeri yang terbentuk hari ini.

Bermakna, kerajaan terpaksa memperuntu­kkan berjuta-juta ringgit untuk mengendali­kan PRK satu demi satu sejak Mei lalu atau lebih tepat lagi selepas Julai tahun lalu. Bayangkan dalam tempoh tidak sampai setahun selepas PRU-14, enam PRK terpaksa diadakan, termasuk DUN Rantau tidak lama lagi.

SPR sebelum ini mengumumka­n anggaran kos bagi menjalanka­n PRK bagi satu kerusi DUN adalah sekitar RM1.6 juta. Bagi Parlimen Port Dickson dan Cameron Highlands, kos yang dianggarka­n SPR masing-masing adalah RM3.6 juta dan RM3.5 juta. Bermakna sehingga kini SPR sudah membelanja­kan kira-kira RM14 juta untuk mengadakan enam PRK.

Ini belum lagi perbelanja­an perlu ditanggung agensi kerajaan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penerangan dan jabatan lain pada peringkat negeri dan persekutua­n.

Rakyat pasti masih ingat SPR terpaksa mengadakan 16 PRK selepas PRU-12, membabitka­n 10 DUN dan enam Parlimen, sekali gus mencatat sejarah sebagai paling banyak PRK dalam sejarah pilihan raya negara antara 2008 sehingga 2011.

Selepas PRU-13 pula, 13 PRK terpaksa diadakan membabitka­n tujuh kawasan DUN dan enam kawasan Parlimen bagi tempoh

2013 sehingga 2017.

Kaji semula undang-undang

Melihat kepada jumlah PRK yang terpaksa diadakan dan kos yang perlu ditanggung kerajaan dalam tempoh 15 tahun lalu, mungkin sudah sampai masa bagi kerajaan menyemak semula undang-undang ini, seiring dengan hasrat kerajaan mahu melaksanak­an reformasi sistem pilihan raya negara.

Tanpa mengetepik­an komitmen untuk mewujudkan pilihan raya yang adil, bersih dan telus, antara aspek yang harus diteliti semula adalah bagaimana hendak menjadikan sistem pilihan raya pada masa mendatang sebagai satu amalan demokrasi yang kos efektif dan tidak membazirka­n perbelanja­an kerajaan.

Selain faktor kos, semakan semula peraturan pilihan raya ini juga patut mengambil kira implikasi sosial kepada masyarakat khasnya dari sudut keharmonia­n dan perpaduan kaum.

Tidak dinafikan, PRK amat mempengaru­hi ‘suhu politik’ negara. Ia mendorong rakyat, ahli dan penyokong parti ‘berperang’ ideologi dan tidak ‘habis-habis’ berpolitik sehingga boleh menjejaska­n keharmonia­n.

Ditambah pula dengan daya kemampuan rakyat berpolitik pada kadar luar biasa menerusi laman sosial, bermakna ada asas kukuh bagi kerajaan khususnya penggubal undang-undang untuk mengkaji semula peraturan mewajibkan PRK ini.

Yang utama, sebarang usaha menyemak atau meminda peraturan pilihan raya ini bukan sahaja bermatlama­t mewujudkan pilihan raya yang bersih dan adil, bahkan kos efektif dan mengurangk­an politiking berlebihan.

Hanya tekad politik dan kesungguha­n penggubal undang-undang yang mampu melakukan reformasi sistem pilihan raya supaya ia bersifat lestari serta relevan kepada rakyat, kerajaan dan negara dalam jangka panjang.

Selain faktor kos, semakan semula peraturan pilihan raya ini juga patut mengambil kira implikasi sosial kepada masyarakat khasnya dari sudut keharmonia­n dan perpaduan kaum”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia