Berita Harian

Penduduk Semenyih gesa pulih segera bekalan air

Paip bawah tanah sering pecah punca gangguan

- Oleh Ahmad Suhael Adnan

Penduduk di beberapa lokasi di sekitar kawasan ini mahu masalah gangguan bekalan air yang didakwa berpunca daripada paip bawah tanah yang pecah dan penurunan paras air kolam di beberapa kawasan diselesaik­an.

Antara lokasi saluran paip bawah tanah pecah direkodkan di Twitter Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) sepanjang tinjauan BH di Semenyih adalah di Taman di Taman Aik Ann serta Taman Desa Anggerik masing-masing pada 7 Februari lalu; Taman Bukit Jaya (9 Februari) dan Jalan Bangi (10 Februari).

Selain itu, di Jalan Sungai Lalang pada 13 Februari, Taman Sri Tanjung (18 Februari), Taman Kantan Permai (19 Februari) dan Taman Sri Manikavasa­gam Bandar Rinching, semalam.

Gangguan bekalan air disebabkan paip bocor pula berlaku di Kampung Rinching Hilir pada 11 Februari, manakala gangguan di Bandar Mahkota Cheras pada 13 Februari dan Bandar Tasik Kesuma, kelmarin berpunca daripada penurunan paras air kolam.

Paip pecah setiap bulan

Penduduk Kampung Sungai Machang di Jalan Sungai Lalang, Mohamad Fairus Mohd Pilus, 44, mendakwa saluran paip pecah di kawasannya berlaku hampir setiap bulan.

“Paip pecah sering berlaku di Jalan Sungai Lalang. Yang peliknya, lokasi berlaku paip pecah itu kerap berulang di tempat yang sama. Kadang-kadang, aliran air yang keluar daripada paip perlahan,” katanya.

Beliau percaya paip bawah tanah pecah disebabkan terlalu banyak lori yang membawa muatan berat menggunaka­n laluan Jalan Sungai Lalang.

Pemilik warung di Kampung Sungai Machang, Abdul Rahman Ali Mohd, 48, berkata perniagaan­nya kerap terganggu kerana gangguan bekalan air tidak berjadual di kawasan itu.

“Kerap juga apabila saya datang buka kedai pada waktu pagi, air tak ada. Minggu ini saja dua kali bekalan air terganggu, dan setiap bulan pasti akan berlaku lebih sekali,” katanya yang menyediaka­n beberapa tong air bersih bagi menghadapi gangguan bekalan itu.

Penduduk di Taman Sri Manikavasa­gam, M Loganathan, 38, berkata kes saluran paip pecah juga kerap berlaku di sekitar taman itu hingga mengganggu aktiviti harian penduduk.

Pemandu lori itu berkata, keadaan diburukkan apabila kawasan taman perumahan itu tidak memiliki tangki air, menyebabka­n bekalan terus terputus apabila Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menutup sementara bekalan air untuk memperbaik­i paip yang pecah.

Saluran paip lama

“Paip di sini tidak ditukar sejak lebih 50 tahun lalu dan disebabkan itu, ia kerap pecah dan rosak serta berkarat. Harap wakil rakyat boleh bantu selesaikan isu ini,” katanya.

Suri rumah, A Angeladevi, 58, berkata dia terkejut melihat paip pecah di sebelah rumahnya semalam, namun bersyukur ia tidak menjejaska­n bekalan air di rumahnya.

“Gangguan air sudah kurang berbanding dulu, namun masih berlaku sekali setiap dua atau tiga bulan,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN /BH] ?? Pekerja Kontraktor Air Selangor ketika menjalanka­n kerja menyelengg­ara paip utama di Jalan Aik Ann 1, Taman Aik Ann, Semenyih.
[FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN /BH] Pekerja Kontraktor Air Selangor ketika menjalanka­n kerja menyelengg­ara paip utama di Jalan Aik Ann 1, Taman Aik Ann, Semenyih.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia