Berita Harian

Saya tetap perjuangka­n hospital: Aiman

-

Hulu Langat: Calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali akan terus memperjuan­gkan keperluan untuk membina hospital di Semenyih walaupun ia dianggap tidak munasabah oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Calon berusia 30 tahun itu berkata, keperluan hospital sudah lama diimpikan penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan yang selama ini terpaksa berulang-alik ke Hospital Kajang.

Bawa suara rakyat

“Saya akan tetap membawa suara rakyat Semenyih sehingga hasrat mereka tercapai dan saya berharap suara mereka akan didengari oleh pihak atasan.

“Selain hospital, saya juga berharap kerajaan dapat menaik taraf klinik kesihatan di Semenyih supaya dapat menampung keperluan penduduk di sini.

“Kedua-dua keperluan ini amat dinantikan penduduk dalam DUN Semenyih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan mesra di Pasar Beranang di sini, semalam.

Muhammad Aiman sebelum ini berkata, pembinaan hospital di Semenyih antara perancanga­nnya yang akan diperjuang­kan jika dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu.

Bagaimanap­un, Dr Dzulkefly menyifatka­n rancangan untuk membina hospital di Semenyih sebagai tidak munasabah.

Beliau dilaporkan berkata, pembinaan klinik kesihatan dilihat lebih wajar untuk kawasan seperti Semenyih.

Saya akan tetap membawa suara rakyat Semenyih sehingga hasrat mereka tercapai dan saya berharap suara mereka akan didengari oleh pihak atasan” Muhammad Aiman Zainali, Calon PH

 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH /BH] ?? Muhammad Aiman membuat tinjauan mesra di Pasar Rabu Beranang, semalam.
[FOTO ASYRAF HAMZAH /BH] Muhammad Aiman membuat tinjauan mesra di Pasar Rabu Beranang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia