Berita Harian

Polis terima 19 laporan 5 hari berkempen

-

Kajang: Polis daerah ini menerima 19 laporan sepanjang lima hari kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, sejak 16 Februari lalu.

Jurucakap PRK di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Superinten­dan Mohd Sabri Abdullah, berkata dalam tempoh itu, tiga kertas siasatan dibuka dengan satu daripadany­a membabitka­n kesalahan memberi ceramah tanpa permit mengikut Seksyen 24B (3) Akta Pilihan Raya 1954.

Papagomo dibebas dengan jaminan

Selain itu, beliau berkata, satu tangkapan membabitka­n Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo yang kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan terhadapny­a selesai.

Bagaimanap­un, katanya, kertas siasatan berhubung kes itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk arahan lanjut.

“Sepanjang tempoh kempen PRK hingga jam 5 petang tadi (semalam), keadaan keselamata­n di seluruh kawasan DUN Semenyih adalah terkawal.

“Dalam tempoh itu juga, sejumlah 51 permit kempen politik dikeluarka­n IPD Kajang membabitka­n Barisan Nasional (15); Pakatan Harapan (PH) (32) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) (empat),” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mohd Sabri berkata, penugasan polis sepanjang kempen PRK berkenaan ialah untuk mengawal, selain memastikan ketenteram­an dan keselamata­n terjamin.

Justeru, katanya, semua parti diminta mematuhi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, termasuk memohon permit bagi tujuan berkempen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia