Berita Harian

Polis siasat beroperasi lebih masa

-

Ipoh: Pusat hiburan di Times Square, Jalan Sultan Nazrin Shah, di sini yang terbakar hingga meragut enam nyawa dan dua lagi cedera pagi semalam, pernah diserbu beberapa kali kerana menjalanka­n aktiviti tidak bermoral.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby, berkata pemeriksaa­n dilakukan sebelum ini, pusat hiburan itu dipercayai mengaji wanita asing sebagai pelayan pelanggan (GRO).

Gaji pekerja asing sebagai GRO

“Premis berkenaan pernah diperiksa kerana dipercayai mengaji pekerja asing sebagai pelayan pelanggan (GRO) membabitka­n empat pemeriksaa­n pada tahun 2017 dan satu pada 2018,” katanya di sini semalam.

Sementara itu, timbalanny­a, Superinten­dan Mohd Nordin Abdullah, berkata polis akan menjalanka­n siasatan menyeluruh berhubung kebakaran itu, termasuk menentukan sama ada pusat hiburan berkenaan beroperasi lebih masa atau sedang dalam proses menutup premis ketika kebakaran berlaku.

“Buat masa ini siasatan masih dijalankan dan polis juga akan menunggu laporan lengkap kebakaran daripada pihak bomba untuk melengkapk­an kertas siasatan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Katanya, polis juga sedang mengenalpa­sti dan mengesan ahli keluarga dan waris mangsa yang maut dalam kejadian itu.

Sementara itu, Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sayani Saidon pula berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kebakaran itu pada jam 5.49 pagi dan sebaik tiba dimaklumka­n terdapat 10 mangsa berada di bangunan lapan tingkat berkenaan.

Ditanya sama ada ketika operasi menyelamat dan pemadaman api dilakukan pusat hiburan itu sedang beroperasi, Sayani memaklumka­n keadaan sangat huru-hara ketika itu.

“Bomba tidak pasti sama ada premis itu sedang beroperasi atau sedang menamatkan operasi, namun berdasarka­n keadaan dilihat di lokasi kebakaran dipercayai ia masih beroperasi. Punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan bomba,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia