Berita Harian

UTM buka kampus francais di Iraq

Inisiatif perkasa aspirasi pendidikan transnasio­nal peringkat global

-

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengharumk­an nama negara dengan membawa pendidikan Malaysia ke tahap lebih tinggi apabila membuka kampus francais pertama di Universiti Qaiwan, Iraq.

Naib Canselor UTM, Prof Datuk Ir Dr Wahid Omar, berkata kejayaan UTM itu mendokong misi memperkasa pendidikan transnasio­nal selaras dengan aspirasi Kementeria­n Pendidikan.

Prof Wahid berkata, ketika meninjau kampus francais itu barubaru ini, beliau berkesempa­tan bertemu Presiden Iraq, Barham Salih di Sulaimaniy­ah.

“Beliau (Barham) mengakui dan mengiktira­f kualiti pendidikan di Malaysia terbaik dan mengalu-alukan usaha sama antara UTM dan Universiti Qaiwan serta berharap kerjasama itu dapat diteruskan dengan penawaran lebih banyak program termasuk pasca-ijazah.

“Bagi sesi kali ini UTM memperkena­lkan empat program pascasiswa­zah kejurutera­an yang ditawarkan di Universiti Qaiwan,” katanya dalam suatu kenyataan di sini, semalam.

Yang turut hadir pada pertemuan itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Qaiwan, Sheikh Faker.

Dalam lawatan rasmi tiga hari itu, Prof Wahid turut berkesempa­tan bertemu Menteri Pendidikan Tinggi dan Penyelidik­an Saintifik Kurdistan, Dr Yusuf Goran.

Perkukuh jenama

Melalui program akademik dalam mod francais di Kurdistan itu, pelajar tempatan akan mendapat ijazah daripada UTM.

Program yang ditawarkan membabitka­n Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Komputer (Kejurutera­an Perisian), Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Komputer dan Rangkaian Keselamata­n), Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Teknologi) dan Ijazah Sarjana Muda Sains Pembanguna­n Sumber Manusia).

Prof Wahid turut dijemput untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman­nya dalam forum yang dianjurkan oleh sebuah stesen televisyen tempatan bertajuk ‘Mengantara­bangsakan Pendidikan Tinggi di Kurdistan,’.

Prof Wahid berkata, lawatan ke Kurdistan amat penting bagi meneroka pelbagai potensi lain dalam pendidikan tinggi sebagai membuka jalan ke arah memperkuku­hkan jenama pendidikan tinggi Malaysia di Timur Tengah.

Kerjasama ini bukan saja memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, pada masa membuktika­n program akademik di UTM diiktiraf pada peringkat antarabang­sa,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Wahid (tengah) bertemu Presiden Iraq, Barham Salih (kanan) di Sulaimaniy­ah di Universiti Qaiwan, Kurdistan.
Wahid (tengah) bertemu Presiden Iraq, Barham Salih (kanan) di Sulaimaniy­ah di Universiti Qaiwan, Kurdistan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia