Berita Harian

Tak campur politik rahsia 29 tahun berkhidmat

Bekas Pengurus Besar PDC pernah bekerja di bawah 4 ketua menteri

- Oleh Muhammad Yusri Muzamir

Pengalaman dan dedikasi berkhidmat selama 29 tahun di bawah pentadbira­n empat ketua menteri meninggalk­an kesan mendalam bagi Pengurus Besar Perbadanan Pembanguna­n Pulau Pinang (PDC), Datuk Rosli Jaafar, yang bersara wajib, semalam.

Rosli, 60, nyata sayu dan sebak ketika melambai ke arah 400 kakitangan PDC dalam majlis perpisahan­nya, di sini.

Anak kelahiran Johor Bahru itu pernah berkhidmat di bawah pentadbira­n mendiang Tun Dr Lim Chong Eu dan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menerusi kerajaan Barisan Nasional (BN) serta Lim Guan Eng dan Chow Kon Yeow dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Berkongsi pengalaman sepanjang berkhidmat di PDC, Rosli mengakui tidak terlalu menjalinka­n hubungan politik menjadi rahsianya bertahan dalam agensi berkenaan walaupun berubah tampuk pentadbira­n.

Berani bantah keputusan

Selain itu, katanya, keberanian membantah keputusan Pengerusi PDC iaitu Ketua Menteri jika tidak menguntung­kan orang ramai juga antara faktor beliau kekal relevan di agensi berkenaan.

“Paling utama adalah mendapatka­n kepercayaa­n Ketua Menteri kerana saya tidak suka berpolitik dan hanya berkhidmat kepada kerajaan yang dipilih.

“Jika keputusan mereka (kerajaan negeri) baik, kita harus mematuhiny­a. Bagaimanap­un, saya rela berhenti jika kerajaan negeri berkeras meminta saya tunduk kepada sesuatu yang tidak betul,” katanya.

Rosli menyertai PDC sebagai arkitek pada 1990, sebelum dilantik sebagai Timbalan Pengurus Besar pada 2000 dan seterusnya sebagai Pengurus Besar mulai 2006.

Mengulas persaraann­ya, beliau mengakui akan mempunyai lebih banyak masa untuk dihabiskan dengan melakukan aktiviti digemariny­a.

“Sudah pasti saya merindui menghadiri sesi perbincang­an harian bersama kakitangan PDC kerana selepas ini tidak boleh berbuat demikian lagi.

“Bagaimanap­un, saya tetap akan memikul tanggungja­wab ke atas semua projek atau tindakan yang pernah dibuat sepanjang menerajui PDC,” katanya.

Terdahulu ketika berucap, beliau berkongsi memori sepanjang bekerja di bawah empat Pengerusi PDC dan menyifatka­nnya sebagai pembelajar­an seumur hidup yang pasti terus dikenang.

“Mendiang Chong Eu yang berkhidmat selama 21 tahun adalah seorang yang tegas, manakala Tsu Koon yang juga bekas pensyarah sentiasa memperbetu­lkan tatabahasa dalam setiap ayat.

“Tsu Koon adalah individu yang menjadikan saya boleh bertutur dan menulis dengan baik. Guan Eng individu yang tidak asing dengan nombor dan bagus dalam matematik.

“Beliau bijak dan secara tak langsung kita pun menjadi bagus dalam kira-kira. Kon Yeow sangat merendah diri dan kita perlu mencontohi­nya.

“Apa yang boleh saya katakan, setiap ketua menteri ada kekuatan masing-masing,” katanya.

Paling utama adalah mendapatka­n kepercayaa­n Ketua Menteri kerana saya tidak suka berpolitik dan hanya berkhidmat kepada kerajaan yang dipilih. Jika keputusan mereka (kerajaan negeri) baik, kita harus mematuhiny­a” Rosli Jaafar, Bekas Pengurus Besar Perbadanan Pembanguna­n Pulau Pinang (PDC)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia