Berita Harian

Mahkamah Tinggi tolak permohonan Najib, peguam

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak dan peguamnya untuk mendapatka­n kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman mencabar pelantikan bekas Hakim Mahkamah Persekutua­n, Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Pejabat Peguam Negara melantik Sri Ram selaku Pendakwa Raya Kanan bagi mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes jenayah dihadapi Najib dan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azizah Nawawi, membuat keputusan itu selepas mendapati lebih baik isu berhubung pelantikan Sri Ram diputuskan di Mahkamah Tinggi Jenayah.

Azizah dalam penghakima­nnya berkata, perkara dimohon Najib dan Muhammad Shafee di hadapannya, iaitu di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas), adalah sama dengan permohonan di Mahkamah Tinggi Jenayah.

Beliau berkata, tiada sebarang isu berhubung bidang kuasa kedua-dua mahkamah itu kerana masing-masing ada bidang kuasa untuk memutuskan perkara dimohon oleh Najib dan Muhammad Shafee.

“Isu utama ialah permohonan itu lebih baik didengar di mahkamah mana. Oleh kerana perbicaraa­n utama kes ini ialah di Mahkamah Tinggi Jenayah, adalah lebih baik isu berhubung pelantikan ini didengar di Mahkamah Tinggi Jenayah,” katanya.

Dalam permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman difailkan pada Disember lalu, Najib dan Muhammad Shafee memohon perisytiha­ran untuk membatalka­n keputusan Peguam Negara/pendakwa Raya yang tidak mengemukak­an surat pelantikan Sri Ram mengikut Seksyen 376(3) Kanun Acara Jenayah.

Ada konflik kepentinga­n

Mereka turut memohon untuk membatalka­n atau menolak pelantikan Sri Ram berikutan surat pelantikan tidak sah dan memohon perisytiha­ran bahawa ada konflik kepentinga­n berhubung pelantikan itu.

Turut dimohon, perintah untuk melarang Sri Ram daripada terus mengetuai pasukan pendakwaan dalam semua kes jenayah dihadapi Najib membabitka­n 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dan kes mengemukak­an pernyataan tidak benar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta pengubahan wang haram dihadapi Muhammad Shafee.

Dalam perkembang­an sama, Mahkamah Tinggi Jenayah, semalam, turut mendengar permohonan Najib dan Muhammad Shafee bagi perintah supaya Sri Ram digugurkan daripada mengetuai pendakwaan dalam kes pertuduhan jenayah membabitka­n 1MDB dihadapi mereka.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib yang bertindak bagi pihak pendakwaan, dalam hujahannya berkata permohonan Najib dan Muhammad Shafee harus ditolak secara keseluruha­n kerana ia tidak dibuat mengikut aturan betul.

Ahmad Akram berkata, Mahkamah Tinggi Jenayah tiada bidang kuasa membuat perintah atau perisytiha­ran terhadap apa yang dimohon kedua-dua pemohon.

Selain itu, katanya, perkara berbangkit dalam permohonan berkenaan bukan didengar di mahkamah sama, sebaliknya kes utama dibicaraka­n di hadapan hakim berbeza.

Muhammad Shafee yang bertindak bagi pihak Najib pula berkata, Sri Ram tidak sepatutnya mengetuai pendakwaan dalam kes itu kerana beliau mungkin akan dipanggil memberi keterangan dalam kes terhadap anak guamnya membabitka­n 1MDB.

Dalam prosiding itu, Muhammad Shafee diwakili peguam, Harvinderj­it Singh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia