Berita Harian

‘Komponen PH teguh di belakang Dr Mahathir’

Mat Sabu dakwa pembangkan­g cuba alih isu krisis kepercayaa­n ahli

- Oleh Mohd Nasaruddin Parzi

Dakwaan kononnya wujud komplot untuk membuat undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sengaja ditimbulka­n pembangkan­g untuk mengalih pandangan rakyat terhadap pertuduhan dan siasatan yang dihadapi segelintir pemimpin mereka.

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu, berkata tindakan itu juga dibuat bagi menutup krisis kepemimpin­an yang sedang membelit parti berkenaan sehingga mengikis kepercayaa­n ahli sendiri.

Beliau berkata, AMANAH percaya usaha itu dibuat bagi menggugat kestabilan dan mengganggu fokus kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang sedang bekerja keras untuk mensejahte­rakan hidup rakyat.

“Ingin ditegaskan, tidak timbul langsung soal undi tidak percaya terhadap Dr Mahathir.

Reformasi menyeluruh

“AMANAH dan parti komponen lain dalam PH sentiasa teguh di belakang Dr Mahathir dalam usaha melakukan reformasi menyeluruh dan menambah baik tadbir urus negara,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beberapa pemimpin PAS sebelum ini dipanggil Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan dana RM90 juta yang didakwa diterima daripada UMNO dan dikaitkan dengan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Mohamad yang juga Menteri Pertahanan turut meminta ahli AMANAH untuk terus menumpukan kepada usaha mengembang­kan dan menambah keahlian anggota parti.

“Paling penting, kita perlu bekerja keras untuk memastikan calon Pakatan Harapan menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) (Dewan Undangan Negeri) Semenyih yang sedang kita hadapi,” katanya.

Mohamad mengulas dakwaan PAS kononnya parti pembangkan­g itu akan menyokong Dr Mahathir sehingga Pilihanray­a Umum Ke-15 (PRU-15) jika ada komponen PH yang belot kepada Perdana Menteri.

Isu ditimbulka­n PAS

Isu itu ditimbulka­n oleh PAS ketika cuba menjelaska­n mengenai sokongan bertulis parti itu yang dikatakan diserahkan kepada Dr Mahathir ketika pertemuan Presidenny­a, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dengan Dr Mahathir baru-baru ini.

 ??  ?? Mohamad Sabu
Mohamad Sabu
 ??  ?? Keratan laporan akhbar BH kelmarin.
Keratan laporan akhbar BH kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia