Berita Harian

Cheng Hau perlu cermin diri: Wan Saiful

-

Kangar: EXCO DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau, tidak layak menyamakan tindakanny­a mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad, dengan yang dilakukan Perdana Menteri itu terhadap Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj pada 1969.

Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Wan Saiful Wan Jan, berkata Cheng Hau perlu sedar bahawa jawatannya ketika ini tidak setaraf dengan kedudukan Dr Mahathir pada 1969.

“Cheng Hau perlu sedar diri bahawa kedudukann­ya terlalu amat jauh daripada status Dr Mahathir ketika itu, Dr Mahathir dan Almarhum Tunku Abdul Rahman adalah dua nama besar dalam politik negara.

“Apa pula mimpinya untuk samakan diri sendiri dengan tokoh-tokoh itu?” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Kelmarin, Cheng Hau mendesak peletakan jawatan Dr Mahathir kerana Pengerusi BERSATU itu dilihat memperleke­hkan manifesto Pakatan Harapan (PH).

Kritik BERSATU

Beliau turut mengkritik BERSATU yang menerima bekas pemimpin UMNO dan membidas mereka yang mendakwa Barisan Nasional (BN) tidak akan kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) tanpa kepimpinan Dr Mahathir.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, Cheng Hau hanya individu berjiwa kecil yang mahukan publisiti.

“Kalau ya pun nak cari ‘glamor’ murah, buatlah dengan cara lain. Kita meraikan kepelbagai­an pandangan dalam PH dan seeloknya ia dilakukan dengan cara berdisipli­n dan semangat kekeluarga­an supaya kita saling membina.

“Sekiranya Cheng Hau lebih suka menyusahka­n kami yang sedang sibuk di Semenyih, lebih baik dia letak jawatan dalam DAP atau DAP sendiri membuangny­a kerana nyata dia seorang yang hanya tahu mengeruhka­n keadaan, bukan membantu,” katanya.

 ??  ?? Wan Saiful Wan Jan
Wan Saiful Wan Jan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia