Berita Harian

Syor Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri iktiraf OKU

Anugerah tertinggi pertanding­an kemahiran orang kurang upaya

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman

Kementeria­n Sumber Manusia bercadang memperkena­lkan Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri bagi orang kurang upaya (OKU) yang berkemahir­an bermula tahun depan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar, berkata sebelum ini Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri hanya diberikan kepada individu yang memenangi pertanding­an kemahiran di luar negara tetapi bukan dalam kalangan OKU.

Katanya, anugerah berkenaan ialah pengiktira­fan tertinggi dalam bidang kemahiran bagi menghargai tenaga mahir yang cemerlang dalam bidang masingmasi­ng.

“Secara dasarnya kita sudah bersetuju untuk melaksanak­an anugerah berkenaan, namun akan membuat perbincang­an lanjut kerana pertanding­an kemahiran untuk OKU berbeza dengan pertanding­an lain.

“Sebagai contoh Pertanding­an Kemahiran Abilympics Antarabang­sa (untuk OKU) diadakan empat tahun sekali, manakala Pertanding­an Kemahiran Dunia pula diadakan setiap tahun,” katanya.

Anugerah tertinggi

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Pertanding­an Kemahiran Malaysia (MPKM) di sini, semalam.

Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri ialah anugerah tertinggi dalam pertanding­an kemahiran yang mula diperkenal­kan pada 1991.

Mahfuz berkata, pengiktira­fan kepada OKU itu secara tidak langsung dapat mempromosi­kan latihan kemahiran kepada golongan berkenaan, seterusnya mereka dapat membabitka­n diri dalam bidang pekerjaan yang diminati.

“Ia juga dapat meningkatk­an kebolehpas­aran golongan OKU serta mengurangk­an kadar penganggur­an,” katanya.

Sementara itu, Mahfuz berkata, pihaknya kini sedang giat melaksanak­an pelbagai program untuk menyertai Pertanding­an Kemahiran Dunia di Kazan, Russia bagi mencapai sasaran membawa pulang emas pertama dalam pertanding­an berkenaan.

“Kita menyasarka­n 20 pelajar dan 23 pakar yang menyertai pertanding­an itu nanti akan membawa pingat emas. Atas sebab itu, kita sudah mempersiap­kan dengan pelbagai program,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD HUZAINI DAUD/BH] ?? Mahfuz (tengah) mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Pertanding­an Kemahiran Malaysia di Putrajaya, semalam.
[FOTO MOHD HUZAINI DAUD/BH] Mahfuz (tengah) mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Pertanding­an Kemahiran Malaysia di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia