Berita Harian

Jangan malu mengaku Banjar

Bahasa ibunda kian dilupakan, tidak dipraktik berisiko pupus

- Oleh Mohd Azis Ngah

Ikuti rumusan kajian Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaa­n, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam siri ketiga mengenai bahasa etnik semakin pupus esok.

Presiden Pertubuhan Albanjari Kuala Lumpursela­ngor, Zainal Abidin Rahmat, mengakui dilema penggunaan bahasa ibunda mereka seumpama ‘hidup segan mati tak mahu.’

Tanpa berselindu­ng generasi kelima keturunan Banjar (sebelah ibu), iaitu Arbayah binti Zakaria bin Salleh bin Sakun yang berhijrah dari Banjarmasi­n, Indonesia, ini mendedahka­n keluargany­a sendiri sudah tidak boleh berbahasa ibunda mereka.

“Kalau sayangkan bahasa ibunda, kena selalu amalkan. Jangan biarkan ia ditelan zaman.

Pertahan warisan

“Ini warisan kita, ini harta kita. Ia mesti dipertahan­kan,” katanya yang mengakui terkilan kerana semua enam anaknya tidak boleh bertutur bahasa Banjar.

Walaupun mereka masih boleh memahami beberapa patah perkataan Banjar, Zainal, 64, mengakui, semua senario itu menjadi petanda di mana kedudukan sebenar bahasa berkenaan.

Anak ke-11 daripada 13 beradik ini berkata, semua adikberadi­knya boleh bertutur bahasa Banjar walaupun ada antara mereka yang dianggap bertutur ‘Banjar Rakai,’ merujuk kepada penggunaan bahasa campuran atau rosak.

“Sekurang-kurangnya mereka masih mahu dan boleh bertutur bahasa Banjar, walaupun tidak sepenuhnya dan bercampur-campur.

“Anak saya langsung tidak boleh. Mereka faham beberapa patah perkataan, tetapi tidak boleh bertutur bahasa Banjar,” katanya merujuk kepada enam anaknya berusia antara 18 hingga 41 tahun yang tinggal di Selayang.

Bahkan Zainal mengakui, kadang-kala generasi muda mengejek apabila mereka bertutur bahasa Banjar.

“Walaupun mungkin mereka tidak berniat apa-apa atau sekadar mahu bergurau, ia menunjukka­n mereka tidak berminat dengan bahasa ibunda. Mungkin mereka malu,” katanya.

Tonjol istilah bahasa Banjar

Pada masa sama, Zainal juga menggunaka­n pendekatan dengan menonjolka­n istilah bahasa Banjar secara lebih kerap dan kekal.

Contohnya, dengan menamakan sebuah bangunan di Selayang Baru sebagai Wisma Kulaan, Koperasi Pembanguna­n Kulaan Berhad serta mewujudkan laman web www.banjarworl­d.org.

Kulaan membawa maksud bersaudara, keluarga atau adikberadi­k atau mempunyai hubungan yang sangat rapat.

Di pintu masuk ke Wisma Kulaan itu, ditampal poster kecil menggunaka­n ayat ‘Kulaan Niring, Napa Takurihing’ yang bermaksud ‘saudara pandangpan­dang, kenapa senyum-senyum’.

Poster ini sebenarnya memberi peringatan bahawa setiap orang Banjar bersaudara, perlu sering bertegur sapa untuk mengeratka­n hubungan sesama sendiri.

Kami serba salah, isteri orang Banjar tetapi saya Jawa, terpaksa cakap bahasa Melayu dengan anak” Selamat Abu, Penjaja Apabila menyambung pelajaran ke UIAM, saya mula kekok bersembang bahasa Banjar” Nurhusna Hanis Mohd Yassin, Peniaga Golongan muda semakin kurang bertutur bahasa Banjar disebabkan ramai yang merantau” Mohd Fayyadh Selamat, Generasi muda Banjar

 ?? [FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN/BH] ?? Zainal Abidin menunjukka­n sebahagian koleksi senjata digunakan keturunan Banjar di Wisma Kulaan, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
[FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN/BH] Zainal Abidin menunjukka­n sebahagian koleksi senjata digunakan keturunan Banjar di Wisma Kulaan, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia