Berita Harian

Penganggur penjara 12 bulan kes kelucahan melampau

-

Kota Bharu: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini semalam atas kesalahan menunjukka­n kemaluan kepada seorang jurujual.

Hukuman yang bermula semalam itu diputuskan Majistret Izuddin Mohd Shukri selepas tertuduh, Muhammad Asyraf Baharudin, 24, mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap seorang jurujual wanita berusia 36 tahun dengan menunjukka­n kemaluan di kaunter sebuah kedai runcit di Pasir Hor di sini jam 8.57 pagi pada 8 Februari lalu.

Ulangi perbuatan sama

Tertuduh mengulangi perbuatan sama pada jam 8.53 pagi, 12 Februari dan pada jam 9.02 pagi, 14 Februari lalu di lokasi sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n fakta kes, ketika mangsa berada di kaunter kedai runcit, tertuduh datang untuk membuat pembayaran dan ketika ingin membayar dia membuka zip seluar sebelum mengeluark­an kemaluanny­a di hadapan wanita itu.

Difahamkan, tertuduh melakukan perbuatan sama terhadap mangsa berpurdah itu beberapa kali dan kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebelum laporan polis dibuat.

Terdahulu, tertuduh memohon kepada mahkamah memberikan hukuman ringan kerana insaf dengan kesalahann­ya.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya Sharifah, Amirda Shasha Amir Shariffudd­in memohon hukuman setimpal untuk memberi pengajaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia