Berita Harian

‘Tiada kesalahan serius’

Papagomo dibebas dengan jaminan polis

- Oleh Khairul Azran Hussin

Siasatan polis mendapati EXCO Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris, tidak melakukan kesalahan serius terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada hari penamaan calon, 16 Februari lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata blogger yang lebih dikenali sebagai Papagomo itu yang direman tiga hari bagi membantu siasatan, dibebaskan dengan jaminan polis, semalam.

“Kita mendapati tiada pergaduhan sebaliknya hanya salah faham dan berlaku tarik menarik. Dia (Papagomo) boleh dijamin dan kes ini akan diselesaik­an dalam masa terdekat.

“Jika kita rasa saksi sudah mencukupi, kita serahkan kepada pejabat pendakwa raya untuk lakukan proses pendakwaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurn­akan istiadat penganuger­ahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Selangor kepada 318 penerima pelbagai pangkat di sini, semalam.

Papagomo ditahan di rumah- nya di Danau Kota, Setapak, kira-kira jam 3 petang Ahad lalu, selepas dipercayai terbabit dalam insiden serangan ke atas Syed Saddiq di Kajang.

Dakwa diserang

Sebelum itu, Ahli Parlimen Muar itu mendakwa diserang sekumpulan penyokong pembangkan­g sebaik keluar dari pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang berlangsun­g di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandara­n Kajang (MPKJ) di sini, Sabtu lalu.

Dia ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, untuk siasatan lanjut berhubung dakwaan Syed Saddiq, yang mendakwa dicekak oleh Papagomo dalam laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Sungai Way selepas insiden itu.

Polis membuka kertas siasatan selepas menerima dua laporan susulan insiden sebaik selesai proses penamaan calon di Dewan Sri Cempaka, MPKJ pada jam 10.45 pagi.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan atas kesalahan menggunaka­n kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalanka­n tugas selepas anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (BSPT) IPD Kajang mendakwa dikasari dan dipukul dari arah belakang.

Siasatan turut dibuat mengikut Seksyen 147/323 Kanun Keseksaan atas kesalahan sengaja mendatangk­an kecederaan dan merusuh, selepas Syed Saddiq mendakwa diserang sekumpulan penyokong parti politik.

 ?? [FOTO ROSLIN MAT TAHIR/BH] ?? Noor Rashid pada majlis istiadat penganuger­ahan Pingat Jasa Pahlawan
Negara Kontinjen Selangor, semalam.
[FOTO ROSLIN MAT TAHIR/BH] Noor Rashid pada majlis istiadat penganuger­ahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Selangor, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia