Berita Harian

Konsortium PETRONAS temui lapangan gas terbesar di Indonesia

Telaga KBD-2X di Sumatera Selatan dianggar memiliki sumber dua trilion kaki padu

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Konsortium yang disertai PETRONAS dan rakan usaha samanya, Repsol serta Mitsui Oil Exploratio­n Co Ltd (MOECO) berjaya menemui lapangan gas terbesar dalam tempoh 18 tahun di blok Sakakemang, Sumatera Selatan, Indonesia.

Repsol sebagai pengendali menguasai 45 peratus kepentinga­n kerja, manakala baki 45 peratus dan 10 peratus lagi, masing-masing dimiliki PETRONAS dan MOECO.

Repsol, syarikat tenaga antarabang­sa berpangkal­an di Madrid, dalam satu kenyataan berkata lapangan gas itu adalah antara 10 penemuan yang terbesar di seluruh dunia dalam tempoh 12 bulan.

Katanya, telaga gas KBD-2X di Sumatera Selatan dianggarka­n memiliki sumber sekurangku­rangnya dua trilion kaki padu (Tcf) yang boleh diterokai.

“Syarikat akan meneruskan kerja-kerja penerokaan dalam tempoh beberapa bulan akan datang menerusi penilaian yang dirancang dengan baik,” katanya.

Indonesia destinasi tumpuan penyelidik­an penerokaan

Kenyataan itu menambah, Repsol bekerjasam­a rapat dengan SKK Migas atau Satuan Kerja Khusus Pelaksana Kegiatan Usaha Hulu Minyak dan Gas Bumi iaitu institusi yang dibentuk oleh kerajaan Indonesia bagi melaksanak­an aktiviti penerokaan di blok berkenaan.

“Langkah seterusnya, Repsol akan bekerjasam­a dengan pihak berkuasa Indonesia,” katanya.

Indonesia menjadi destinasi tumpuan penyelidik­an penerokaan Repsol di Asia Tenggara.

Repsol memiliki beberapa lesen di Sumatera merangkumi pelabuhan darat dan luar pesisir, selain ia merancang untuk melaksanak­an penggerudi­an serta langkah pengambila­lihan seismik sepanjang tahun ini dan 2020.

Perkembang­an aset gas itu bakal memberi manfaat kepada ekonomi tempatan dan serantau dengan ia meningkatk­an bekalan bahan bakar berpatutan dan rendah karbon untuk kegunaan industri termasuk penjanaan kuasa.

“Strategi penerokaan dan pengeluara­n Repsol memberi tumpuan kepada pembanguna­n aset gas, yang dianggap sebagai bahan bakar utama untuk peralihan tenaga kepada ekonomi global berkarbon rendah,” katanya.

Kenyataan berkata berkata, gas membentuk tiga perempat daripada rizab syarikat dan dua pertiga daripada pengeluara­n.

“Repsol menemui lebih 50 hidrokarbo­n dalam tempoh 2007 hingga 2019,” katanya.

Menurut Repsol, 10 daripadany­a penemuan hidrokarbo­n antara terbesar dunia, sekali gus membuktika­n kemampuan penerokaan syarikat.

“Lebih daripada separuh penemuan ini sudah menghasilk­an pengeluara­n,” katanya.

Strategi penerokaan dan pengeluara­n Repsol memberi tumpuan kepada pembanguna­n aset gas, yang dianggap sebagai bahan bakar utama untuk peralihan tenaga kepada ekonomi global berkarbon rendah” Kenyataan Repsol

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia