Berita Harian

IBM BUKIT BINTANG

Bangunan ikonik terbaru KL

-

Corp Ltd (IBN Corp), syarikat hartanah berpangkal­an di Hong Kong mengukuhka­n pelaburan hartanahny­a di Malaysia menerusi projek terbaru, IBN Bukit Bintang membabitka­n nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM1.5 bilion.

Pengarahny­a, Datuk Seri Michael Yang, berkata projek berkenaan merangkumi pembinaan hotel dan unit residen 68 tingkat dengan ketinggian 325 meter.

“Pembanguna­n itu dijangka siap dalam tempoh tiga tahun dan kos pembanguna­n dianggarka­n RM600 juta hingga RM650 juta.

“IBN Bukit Bintang adalah pembanguna­n bercampur bertaraf dunia dan berpotensi. Ia bakal menyumbang kepada salah satu tarikan pelancong di Malaysia khususnya di Kuala Lumpur,” katanya pada majlis pecah tanah IBN Bukit Bintang, di Kuala Lumpur, semalam.

Bangunan 68 tingkat itu dibina di kawasan seluas 730,062 kaki persegi di kawasan strategik dan berdekatan dengan bangunan ikonik, Menara Berkembar Petronas.

Sebaik siap, IBN Bukit Bintang bakal muncul sebagai satu daripada lima bangunan tertinggi di Kuala Lumpur.

IBN Bukit Bintang juga adalah inisiatif projek hartanah dengan kerjasama antara IBN Corp Ltd dan KKH Pavilion Developmen­t Sdn Bhd.

Mengulas lanjut, Yang berkata, IBN Corp menjangkak­an projek berkenaan akan menerima sambutan baik dalam kalangan pembeli tempatan dan pelabur luar berikutan lokasinya yang strategik serta berpotensi membawa pulangan pada masa depan.

“Sebaik siap sepenuhnya, kami menyasarka­n 70 peratus pembelian unit residen terdiri daripada pembeli tempatan, manakala bakinya daripada pelabur luar seperti Asia Barat, China dan India,” katanya.

Rangsang ekonomi negara

Katanya, IBN Bukit Bintang bukan hanya menjadi tarikan pelancong tetapi membantu merangsang pertumbuha­n ekonomi Malaysia serta meningkatk­an gaya hidup masyarakat tempatan dan mencermink­an kepelbagai­an budaya.

Selain IBN Bukit Bintang, IBN Corp juga katanya bakal melancarka­n satu lagi projek hartanah ikonik, di Kota Kinabalu, Sabah pada suku ketiga tahun ini.

IBN Corp sudah menjalanka­n beberapa projek di Asia Tenggara dan menubuhkan hab perniagaan serantau di Malaysia dengan beberapa anak syarikat berpangkal­an di China, Singapura dan Malaysia.

 ??  ??
 ?? [FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA /BH] ?? Yang (enam dari kanan) pada majlis pecah tanah IBN Bukit Bintang di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA /BH] Yang (enam dari kanan) pada majlis pecah tanah IBN Bukit Bintang di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia