Berita Harian

CCM DUOPHARMA

Umum identiti korporat baharu

- Oleh Sofyan Rizal Ishak

CCM Duopharma Biotech Bhd (CCM Duopharma) mengumumka­n identiti korporat baharu yang membabitka­n pertukaran nama syarikat kepada Duopharma Biotech Bhd, sejajar dengan aktiviti penjenamaa­n semulanya.

Pelaksanaa­n aktiviti itu diadakan berikutan syarikat itu berpisah daripada syarikat induk iaitu Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) pada Disember 2017 dengan diberi tempoh sehingga 2019 untuk merealisas­ikannya.

Pengarah Urusan Kumpulan CCM Duopharma, Leonard Ariff Abdul Shatar, berkata syarikat sudah mendapat kelulusan daripada pemegang saham untuk menukar nama dan logo baharu sebagai sebahagian daripada inisiatif penjenamaa­nnya.

“Inisiatif ini adalah bagi melengkapi misi untuk menerajui pembanguna­n dan menawarkan terapi perubatan baharu yang sangat diperlukan untuk menambah baik kesihatan awam serta meluaskan jejaknya di pasaran baharu di dalam dan luar ASEAN,” katanya pada taklimat media di Shah Alam, semalam.

CCM Duopharma adalah pengeluar farmaseuti­kal terkemuka di Malaysia dan peserta serantau utama yang terbabit dalam aspek pembanguna­n, pembuatan dan pemasaran ubat-ubatan generik serta produk penjagaan kesihatan berjenama.

produk baharu

Leonard Ariff berkata, 2019 akan menyaksika­n syarikat itu memberi tumpuan kepada pengenalan produk baharu bagi segmen produk Biosimilar dan Erythropoi­etin (EPO), di samping merancang pembukaan kemudahan pembuatan onkologi pertama di Malaysia pada suku ketiga ini.

Menurutnya, syarikat merancang untuk melancarka­n produk EPO dikenali Erysaa dengan kerjasama syarikat Korea pada April ini selepas mendaftark­annya pada awal tahun ini dan mengadakan ujian klinikal pada suku pertama tahun lalu.

“Kami juga merancang untuk mengambil bahagian dalam tender bagi EPO terutama untuk produk rawatan buah pinggang bagi tujuan meningkatk­an bilangan sel darah merah.

“Untuk tahun ini, kami jangka sumbangan pendapatan untuk produk biosimilar meningkat kepada 25 peratus berbanding 22 peratus tahun lalu melalui pendaftara­n produk EPO dan pembabitan dalam tender bergantung kepada projek farmaseuti­kal yang berjaya diperolehi kelak,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, Leonard Ariff berkata, situasi ringgit semasa yang kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dilihat baik untuk syarikat farmaseuti­kal dan sektor penjagaan kesihatan di negara ini.

Katanya, pada masa ini semua bahan mentah diimport untuk farmaseuti­kal dan ia didenomina­si dalam dolar AS.

 ??  ??
 ?? [FOTO OWEE AH CHUN /BH] ?? Leonard Ariff (kiri) bersama Ketua Pegawai Operasi Duopharma Biotech Berhad, Wan Amir Jeffery Wan Abdul Majid menunjukka­n logo baharu syarikat Duopharma Biotech Berhad di Shah Alam, semalam.
[FOTO OWEE AH CHUN /BH] Leonard Ariff (kiri) bersama Ketua Pegawai Operasi Duopharma Biotech Berhad, Wan Amir Jeffery Wan Abdul Majid menunjukka­n logo baharu syarikat Duopharma Biotech Berhad di Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia