Berita Harian

Public Bank raih untung sebelum cukai RM7.10 bilion

-

Kumpulan Public Bank mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM7.10 bilion sepanjang 2018 dan isytihar dividen interim kedua 37 sen.

Dalam satu kenyataan semalam, Pengerusin­ya, Tan Sr Dr Teh Hong Piow, berkata pada 2018, kumpulan terus mengekalka­n keuntungan dan pertumbuha­n yang stabil meskipun dalam persekitar­an operasi mencabar.

Katanya, keuntungan bersih milik pemegang saham meningkat sebanyak 2.2 peratus kepada RM5.59 bilion sepajang tahun lalu berbanding RM5.47 bilion pada tahun sebelumnya.

“Tahun 2018 memperliha­tkan pertumbuha­n ekonomi yang lebih sederhana dengan lebih banyak cabaran pada peringkat global dan domestik, menyebabka­n syarikat perbankan berhadapan dengan suasana perniagaan lebih mencabar.

Kekal untung stabil

“Bagaimanap­un, Public Bank berupaya mengekalka­n keuntungan yang stabil berikutan usaha berterusan untuk memacu perniagaan pinjaman dan deposit serta kualiti aset kumpulan yang kukuh dan pengurusan kos berhemat.

“Justeru, kumpulan terus mengekalka­n kedudukan di hadapan syarikat perbankan domestik lain dengan nisbah pinjaman penguranga­n nilai kasar terendah sebanyak 0.5 peratus dan nisbah kos kepada pendapatan paling efisyen sebanyak 33 peratus, membawa kepada nisbah pulangan ekuiti bersih 14.8 peratus,” katanya.

Beliau berkata, berikutan prestasi kewangan itu, lembaga pengarah Public Bank mengisytih­arkan dividen interim kedua sebanyak 37 sen yang akan dibayar pada 14 Mac 2019 berdasarka­n tarikh kelayakan dividen pada 7 Mac 2019.

“Disertakan dividen interim pertama sebanyak 32 sen sesaham, dividen setahun penuh untuk 2018 berjumlah sehingga 69 sen.

“Ini mewakili jumlah pembayaran dividen sebanyak RM2.7 bilion dan 47.9 peratus daripada keuntungan bersih kumpulan pada 2018,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia