Berita Harian

Projek MTD Capital di Filipina mirip Putrajaya berjalan lancar

Pembanguna­n Fasa 1A New Clark City siap 55 peratus

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad

keupayaan MTD Capital, sebuah anak syarikat MTD Group, iaitu konglomera­t pembinaan yang terbabit projek Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).

Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan MTD Capital, Tee Kim Siew, berkata Fasa 1A seluas 40 hektar yang mula dibangunka­n pada Mac tahun lalu kini di dalam landasan untuk disiapkan sepenuhnya mengikut jadual ditetapkan iaitu pada 15 Oktober ini.

Katanya, pihaknya yakin projek itu mampu disiapkan mengikut jadual ditetapkan bagi membolehka­n ia diserahkan kepada pihak berkuasa 45 hari sebelum penganjura­n Sukan SEA yang akan berlangsun­g pada 30 November ini.

“Kami telah mengambil kira semua faktor dan cabaran yang mungkin akan dihadapi sepanjang pembinaan projek ini termasuk musim hujan pada bulan April dan Mei ini yang boleh menganggu perjalanan kerja projek ini.

“Jika tiada sebarang perkara yang di luar jangkaan berlaku, kami yakin mampu menyiapkan dan menyerahka­n projek ini kepada pihak berkuasa pada 15 Oktober ini,” katanya pada taklimat meja bulat mengenai perkembang­an terbaru projek itu di Putrajaya, semalam.

Projek mirip Putrajaya

Pada Januari 2018, MTD Capital mengumumka­n akan membangunk­an sebahagian daripada pusat pentadbira­n kerajaan di atas tapak berkeluasa­n 60 hektar di New Clark City, Filipina bernilai RM1.8 bilion.

Projek yang mirip dengan Putrajaya itu terbahagi kepada dua fasa iaitu 1A dan 1B dan adalah sebahagian daripada keseluruha­n pembanguna­n berkeluasa­n 9,450 hektar di New Clark City.

Mengulas lanjut Kim Siew berkata, Fasa 1A akan mengandung­i pembinaan berkaitan sukan dan bukan sukan termasuk sebuah stadium berkapasit­i 20,000 tempat duduk yang turut dilengkapi trek larian 400 meter dan sebuah pusat akuatik dengan 2,000 tempat duduk.

Selain itu, katanya ia akan turut mempunyai dua bangunan kerajaan setinggi tujuh tingkat, pusat operasi bersepadu, perkampung­an atlet, perumahan kerajaan dan taman.

“Bagi projek Fasa 1B yang berkeluasa­n 20 hektar dan bernilai kira-kira RM800 juta, ia akan mula dibangunka­n pada awal tahun depan dan dijangka siap pada tahun 2022,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai perkembang­an projek pembanguna­n bercampur syarikat itu di London, iaitu One Crown Place, Kim Siew berkata, sebanyak 110 unit kediaman apartmen telah terjual daripada 246 unit sedia ada.

Projek dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) 500 juta pound (RM2.65 bilion) itu turut mengandung­i 136,000 kaki persegi (kps) ruang pejabat, 7,000 kps ruang runcit dan hotel butik dengan 41 bilik.

MTD Capital pada September tahun lalu berjaya meraih pembiayaan bernilai RM1.5 bilion daripada dana pencen terbesar Australia, Australian Super dan satu daripada pengurus pelaburan hartanah terbesar dunia, TH Real State bagi pembanguna­n One Crown Place.

 ??  ?? Tee Kim Siew
Tee Kim Siew

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia