Berita Harian

LEGOLAND Malaysia sedia tarikan baharu

-

Malaysia Resort menawarkan beberapa tarikan dan kemudahan baharu di taman tema itu termasuk pelancaran akuarium SEA LIFE Malaysia pada April ini, LEGOLAND Hotel yang dinaik taraf dan promosi menarik lain.

Pengurus Besarnya, Kurt Stocks, berkata SEA LIFE Malaysia, akan menjadi satusatuny­a SEA LIFE di rantau ini yang menggabung­kan konsep akuarium interaktif dengan keunikan elemen LEGO.

Beliau berkata, SEA LIFE yang juga jenama akuarium terbesar di dunia akan menawarkan peluang kepada pengunjung untuk mengenali 13,000 hidupan laut daripada 120 spesies dalam persekitar­an selamat, menyeronok­kan dan bercirikan pendidikan.

“LEGOLAND Malaysia Resort berharap keluarga yang melawat akuarium ini akan pulang ke rumah dengan semangat dan inspirasi untuk mempelajar­i, mencintai dan memelihara laut,” katanya pada taklimat media di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Jualan dan Pemasarann­ya, Thila Munusamy.

Mengulas lanjut, Stocks berkata bagi memastikan semua pengunjung berpeluang menikmati sepenuhnya tawaran baharu di LEGOLAND Malaysia tahun ini, pihak taman peranginan itu membenarka­n pemegang Mykad mendapatka­n satu pas tahunan pada harga tiket untuk sehari.

Akses tanpa had

Katanya, dengan pas tahunan baharu itu, rakyat Malaysia boleh menikmati akses tanpa had ke Taman Tema LEGOLAND dan Taman Air, selain akses percuma ke SEA LIFE Malaysia, sebaik sahaja dibuka kepada orang ramai.

“Kami memulakan 2019 dengan kukuh dan tidak sabar untuk memperkena­lkan pengalaman SEA LIFE Malaysia buat pertama kalinya April ini. Pembukaan SEA LIFE Malaysia, pengalaman baharu hotel kami serta pengalaman NINJAGO menyeluruh kepada peminat akan menjadikan LEGOLAND Malaysia Resort destinasi keluarga terbaik di rantau ini.

“Dengan semua tarikan dan aktiviti baharu yang menyeronok­kan ini, kami akan terus membangunk­an DNA LEGO kami dan menerapkan elemen permainan kreatif utama untuk memastikan seluruh anggota keluarga mengambil bahagian,” katanya.

Sepanjang 2019 ini, pengunjung juga katanya boleh terus menantikan pembaharua­n di tempat peranginan itu, setiap kali mereka datang berkunjung.

Pada 2019 saja, LEGOLAND Malaysia Resort melancarka­n tayangan filem 4D baharu, LEGO City 4D Movie, iaitu Officer in Pursuit! dan Hari Acara Tayangan Filem LEGO yang membolehka­n pelawat berinterak­si dengan watak kegemaran mereka daripada francais LEGO Movie.

LEGOLAND Hotel juga akan dinaik taraf termasuk bilik hotel NINJAGO baharu dan bar bertemakan LEGO baharu di tepi kolam mandi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia