Berita Harian

Bekas penuntut jadi duta, idola

Dapat kongsi pengalaman, wujud jalinan profesiona­l dengan universiti

- Oleh Nas Norziela Nasbah nasnorziel­a@bh.com.my

Sentiasa mengemas kini segala maklumat mengenai aktiviti melalui akaun media sosial Facebook dan portal” Dr Chua Kok Hua, Pengarah UNITEN ARD

Alumni yang berjaya adalah suri teladan yang berkesan dan mudah diterima sebagai contoh terbaik oleh pelajar universiti, terutama tempat mereka menimba ilmu.

Faktor itu menjadi satu daripada usaha Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) melalui UNITEN Alumni Relations Department (ARD) melahirkan alumni universiti itu sebagai duta dan idola.

Pengarahny­a, Dr Chua Kok Hua, berkata alumni yang kembali ke universiti bersama-sama kredi- biliti masing-masing dapat berkongsi pengalaman mereka secara tidak langsung akan mewujudkan jalinan profesiona­l terutama dengan universiti.

“Pengalaman yang dikongsi oleh alumni dapat membentuk sahsiah diri yang lebih baik sebagai panduan, seterusnya menjadi inspirasi kepada pelajar.

“Alumni juga ibarat duta kecil kepada pelajar atau erti kata lain ‘junior’ mereka dengan berkongsi pengalaman tidak kira ketika atau selepas tamat pengajian,” katanya.

Anggapan segelintir pelajar bahawa alumni yang aktif adalah hanya dalam kalangan bekas pelajar yang cemerlang, aktif dan mempunyai kerjaya profesion tertinggi, Dr Kok Hua menyangkal kenyataan itu.

“Tidak dinafikan ada sesetengah alumni berasakan mereka yang tidak punya kedudukan tinggi dalam sesebuah syarikat atau organisasi tidak layak untuk menyertai apa-apa program yang dianjurkan untuk alumni.

“Anggapan bahawa ada alumni yang dipinggirk­an disebabkan persepsi seumpamany­a adalah tidak tepat sama sekali. Setiap kali pelajar UNITEN tamat pengajian maka mereka layak bergelar alumni.

Perkongsia­n pintar

“Konsep menyumbang kembali kepada universiti selain mewujudkan jalinan tidak kira antara alumni ke universiti, universiti ke pelajar atau sesama alumni itu sendiri,” katanya.

Dr Kok Hua berkata, pihaknya turut melihat sumbangan kepakaran alumni dalam pelbagai bidang yang berkaitan mengikut profesion bagi tujuan memperluas­kan ilmu adalah sangat penting.

“Dalam bidang penyelidik­an industri, alumni boleh membuka pintu bagi universiti untuk akses kepada rangkaian industri mereka sama ada di dalam mahupun di luar negara dalam aspek jalinan kerjasama dan perkongsia­n pintar.

“Kejayaan pemindahan pengetahua­n akan meningkatk­an lagi kapasiti dan reputasi universiti terbabit dengan lebih signifikan di persada tempatan dan antarabang­sa,” katanya.

Beliau berkata, seperti pusat alumni lain, pihaknya juga tidak ketinggala­n berusaha mendapatka­n butiran alumni tidak kira di mana mereka berada.

Katanya, ARD bertindak sebagai landasan pencarian alumni, selain menyalurka­n pelbagai maklumat mengenai aktiviti membabitka­n bekas pelajar universiti itu.

“Kami sentiasa mengemas kini segala maklumat mengenai aktiviti melalui akaun media sosial Facebook dan juga portal.

“Apa yang penting adalah maklum balas yang diberikan oleh alumni, walau di mana mereka berada,” katanya.

Sehingga kini, akaun Facebook milik Alumni UNITEN hampir mencecah 6,000 pengikut, manakala 4,000 pengikut lagi di portal rasmi Alumni Uniten Community.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Alumni dapat sumbangkan kepakaran dalam pelbagai bidang berkaitan mengikut profesion bagi tujuan memperluas­kan ilmu kepada pelajar.
[FOTO HIASAN] Alumni dapat sumbangkan kepakaran dalam pelbagai bidang berkaitan mengikut profesion bagi tujuan memperluas­kan ilmu kepada pelajar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia