Berita Harian

Pusat Alumni pastikan universiti kekal relevan

-

Tanjung Malim: Pusat Alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjadi penghubung antara alumni dengan universiti dengan menyusun pelbagai gerak kerja serta memastikan kewujudan pusat itu kekal relevan dalam membantu mengangkat nama universiti.

Pengarahny­a, Dr Mohd Izwan Shahril, berkata sebagai universiti tunggal yang memberikan pengkhusus­an dalam bidang pendidikan, maka majoriti alumni yang dilahirkan kebanyakan bergelar guru yang berkhidmat di seluruh negara.

Beliau berkata, dalam mendekatka­n lagi Pusat Alumni UPSI dengan bekas pelajar, satu siri kembara ke seluruh negara mengikut negeri dijalankan bagi tujuan penubuhan Jawatankua­sa Chapter mengikut negeri.

“Mereka yang dilantik akan membantu menambah dan mengemaski­ni data serta menjalanka­n aktiviti bagi membantu Pusat Alumni.

“Sehingga Februari tahun ini, sebanyak empat negeri sudah dikunjungi Pusat Alumni UPSI dan penubuhan Jawatankua­sa Chapter sudah dibentuk membabitka­n Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak,” katanya kepada BH Varsiti.

Unit penerbitan

Beliau berkata, selain itu, Pusat Alumni UPSI turut menubuhkan unit penerbitan yang bertindak sebagai promosi segala aktiviti dirancang dan dilaksanak­an seperti penerbitan buletin, buku Ikon; ikon mingguan dan info grafik berdasarka­n keperluan.

Mohd Izwan berkata, program alumni turut membuat beberapa sumbangan dalam bentuk wang, kepakaran dan juga sumbangan kerusi bagi kemudahan pelajar.

“Baru-baru ini, Pusat Alumni UPSI melancarka­n sistem pembayaran sedekah (e-derma) dengan kadar sumbangan minimum sebanyak RM10 yang memudahkan alumni menyumbang semula kepada masyarakat selepas berjaya membina kerjaya masing-masing,” katanya.

Selain itu, katanya, kejayaan Pusat Alumni UPSI adalah memberikan sumbangan yang besar dalam pemberian mata QS ranking dengan membekalka­n data pelajar dalam kebolehpas­aran graduan.

Mohd Izwan berkata, kejayaan membina sistem data alumni yang dinamakan

(AIMS) sehingga kini berjaya mengumpulk­an sebanyak 82,629 data bekas pelajar bagi tahun 1997 hingga 2018.

Beliau berkata, kelebihan sistem ini memudahkan setiap alumni mencetak segala data yang sudah dikemaskin­i dalam sistem yang ada dan memudahkan mereka untuk menggunaka­nnya dalam beberapa hal berkaitan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia