Berita Harian

Memperkasa tradisi kembali menyumbang

-

Sumbangan alumni kepada alma mater atau universiti masing-masing adalah dalam pelbagai bentuk dan tidak terhad untuk sumbangan kewangan semata-mata.

Pengarah Pusat Alumni Universiti Putra Malaysia (ACUPM), Prof Dr Hazandy Abdul Hamid, berkata masih ada dalam kalangan alumni beranggapa­n fungsi alumni semata-mata sebagai pemberi sumbangan yang diwajibkan oleh pihak universiti adalah tidak benar sama sekali.

“Setiap alumni melalui pengalaman berbeza sepanjang bergelar pelajar universiti dan pastinya golongan ini mempunyai potensi untuk kembali menyumbang kepada universiti dalam cara serta skala yang pelbagai.

“Sebagai orang tengah yang mendekatka­n alumni dan universiti, kami menekankan konsep memberi kembali atau tradisi menyumbang,” katanya ketika ditemui di Pusat Alumni UPM, baru-baru ini.

Prof Hazandy berkata, UPM sudah melahirkan lebih 200,000 graduan, termasuk bekas pelajar Sekolah Pertanian sebelum ditukar nama ke Universiti Pertanian Malaysia dan kini UPM.

Katanya, pihak ACUPM berjaya menjejak lebih 120,000 alumni dalam dan luar negara melalui pelbagai sumber serta aktiviti yang dijalankan.

“Satu daripada insiatif utama ACUPM adalah menubuhkan program Tracing

(TRACE) yang dijalankan pada tahun 2014 sehingga kini.

“Program TRACE adalah bagi mengesan dan menjejak alumni di serata dunia melalui organisasi seperti badan kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Pendekatan ini juga sebagai langkah mewujudkan hubungan strategik yang berterusan antara alumni dan universiti, seterusnya kembali menyumbang kepada pembanguna­n serta kecemerlan­gan pada masa depan,” katanya.

Pelbagai inisiatif

Prof Hazandy yang dibantu oleh 17 kakitangan bagi menggerakk­an inisiatif ACUPM, berkata program TRACE juga menyediaka­n landasan menyumbang kembali alumni ke alma mater, selain membawa perkembang­an UPM kepada alumni.

“Kebolehlih­atan sesebuah universiti bukan sekadar promosi sedia ada tetapi juga melalui alumni. Walaupun kita sudah menjalanka­n program TRACE di beberapa jabatan atau syarikat terbabit, pegawai ACUPM akan memperluas­kan carian melalui rakan alumni lain,” katanya.

Prof Hazandy berkata, dana yang diterima melalui aktiviti atau sumbangan alumni akan dibahagika­n melalui inisiatif seperti Tajaan Alumni, Kempen 1Alumni 1Sumbangan Ringgit (1A1SR), Alumni Endowment , Biasiswa Alumni dan Pengumpula­n dana (Crowdfundi­ng) Alumni.

“Berbalik kepada fokus utama untuk membentuk golongan alumni yang dapat menyumbang kembali kepada universiti, inisiatif yang dijalankan oleh ACUPM adalah turut membantu dalam pengurusan kewangan pelajar yang memerlukan.

“Pengumpula­n dana amanah yang diberikan ini juga dilihat sebagai satu daripada mekanisme bantuan dalam usaha memperting­katkan kecemerlan­gan pelajar UPM,” katanya.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Alumni bantu golongan memerlukan.
[FOTO HIASAN] Alumni bantu golongan memerlukan.
 ?? [FOTO ROSELA ISMAI / BH] ?? Graduan selepas menamatkan pengajian di UPM boleh mengisi borang untuk menjadi ALUMNI UPM di Pusat Alumni UPM.
[FOTO ROSELA ISMAI / BH] Graduan selepas menamatkan pengajian di UPM boleh mengisi borang untuk menjadi ALUMNI UPM di Pusat Alumni UPM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia