Berita Harian

Motif flora jana kreativiti peserta

-

DIY it, pameran dan peragaan inovasi.

Katanya, semua elemen itu bertujuan untuk mencapai objektif dan sasaran projek terutama bagi memberi kesedaran mengenai kaedah menjana kreativiti serta inovasi.

“Projek ini mendedahka­n masyarakat mengenai pembuangan fabrik sintetik dengan betul kerana jika fabrik sintetik dibuang ke tapak pelupusan sampah perlu mengambil masa lebih 100 tahun untuk dilupuskan, di samping inovasi baharu yang boleh dihasilkan menggunaka­n pakaian lama.

Mengikut kreativiti

“Menerusi Bengkel DIY, peserta bebas menghasilk­an sebarang bentuk idea atau jenis produk mengikut kreativiti sendiri, contohnya, penghasila­n beg tangan menggunaka­n perca kain terpakai,” katanya ketika ditemui pada acara itu di Muzium Tekstil Negara, baru-baru ini.

Program selama lima hari itu turut mendapat kerjasama daripada banyak pihak, antaranya Alam Flora, Kloth Cares, Jabatan Muzium Malaysia, Muzium Tekstil Negara dan Universiti Teknologi MARA (UITM).

Aidilia Hilda berkata, hasil rekaan peserta yang mengikuti bengkel berkenaan turut diperagaka­n kepada penonton, seterusnya memperliha­tkan kreativiti pelajar menerusi produk daripada fabrik sintetik.

“Penggunaan motif flora dalam rekaan dihasilkan bertujuan untuk menjana kreativiti peserta di mana mereka bebas untuk menghasilk­an sebuah rekaan yang unik, malah pemilihan ini dapat menerapkan nilai moral cinta akan alam sekitar terhadap pelajar.

“Tidak dinafikan, kesedaran masyarakat kini mengenai penggunaan beg plastik dan penyedut minuman yang boleh mencemarka­n alam sekitar semakin meningkat, bagaimanap­un, ada segelintir mereka yang kurang peka bahawa kebanyakan pakaian daripada fabrik sintetik iaitu petroleum seperti fabrik poliester, nilon, akrilik, serta chiffon sukar untuk dilupuskan,” katanya.

 ??  ?? Sebahagian peserta yang mengambil bahagian dalam peragaan program #Upcycle Creations Recovery of Synthetic Fabrics di Muzium Tekstil Negara, baru-baru ini.
Bring it, Change it, Save
Sebahagian peserta yang mengambil bahagian dalam peragaan program #Upcycle Creations Recovery of Synthetic Fabrics di Muzium Tekstil Negara, baru-baru ini. Bring it, Change it, Save
 ??  ?? Antara keunikan ciptaan inovasi yang diperagaka­n oleh pelajar ASWARA.
Antara keunikan ciptaan inovasi yang diperagaka­n oleh pelajar ASWARA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia