Berita Harian

50 mahasiswa pamer hasil karya berkualiti

-

Seri Iskandar: Seramai 50 mahasiswa semester akhir Universiti Teknologi MARA (UITM) Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar mempamerka­n hasil karya masing-masing pada Pameran Seni Combinatio­n 1.0

di Galeri Albiruni, di sini, baru-baru ini.

Peserta terbabit terdiri daripada pelajar dari lima jabatan iaitu Jabatan Grafik dan Media Digital, Jabatan Seramik, Jabatan Senireka Fesyen, Jabatan Fotografi serta Jabatan Seni Halus.

Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademikny­a, Prof Madya Dr Norhayati Baharun, berkata kejayaan dan kesungguha­n mahasiswa mempamerka­n karya berkualiti memperliha­tkan usaha gigih mereka selama 14 minggu pengajian semester akhir berkenaan.

Katanya, penilaian dibuat berdasarka­n kepada kehendak projek kursus mengikut jabatan masingmasi­ng dan menepati silibus program diploma.

“Pengajian seni menjadi satu bidang penting dalam pembentuka­n kebudayaan dan ketamaduna­n sesuatu bangsa dengan mengambil contoh sekolah seni dunia seperti Sekolah

dan

yang berjaya melahirkan seniman, ilmuwan serta pelaksana dalam bidang seni dan budaya Eropah.

Generasi pemikir

“Di samping itu, sekolah di Indonesia, Thailand dan Singapura yang sudah lama bertapak turut melahirkan ramai graduan dan generasi pemikir yang berjaya dalam bidang ini,” katanya ketika berucap merasmikan program itu, baru-baru ini.

Lebih membanggak­an, banyak kejayaan dan anu- gerah diterima Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UITM Cawangan Perak itu, antaranya Anugerah Seni Bakat Muda Sezaman, Anugerah Seni Jarum Berlian dan Anugerah Seni Petron Nandos.

Selain itu, Anugerah Bakat Muda Pulau Pinang dan Anugerah Rekaan Songket Malaysia.

Pameran seni berkenaan diadakan bersempena dengan penilaian karya pelajar semester akhir Diploma sesi September 2018 hingga bulan lalu yang turut dihadiri oleh warga kampus dan sekolah di sekitar Daerah Perak Tengah.

 ??  ?? Prof Norhayati bergambar kenangan bersama-sama pengkarya terbabit pada Pameran Seni Combinatio­n 1.0 di Seri Iskandar, Perak, baru-baru ini.
Prof Norhayati bergambar kenangan bersama-sama pengkarya terbabit pada Pameran Seni Combinatio­n 1.0 di Seri Iskandar, Perak, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia