Berita Harian

Tingkat nilai integriti, etika kerja

-

Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris, berkata biarpun komited mengejar kejayaan, warga kampus mestilah berpegang kepada nilai integriti dan etika kerja tinggi berikutan tiada jalan pintas untuk berjaya.

Katanya, autonomi yang diberikan kepada universiti perlu dilaksana sebaiknya termasuk amanah bagi menjayakan kebebasan bersuara, berpolitik dan akademik membabitka­n pelajar mahupun pegawai akademik.

“Hal ini selari dengan aspirasi kerajaan melalui saranan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika melancarka­n Pelan Antirasuah Nasional bulan lalu supaya Malaysia dikenali kerana integriti.

“Ini juga seiring dengan amanat Menteri Pendidikan (Dr Maszlee Malik) yang menekankan soal etika bekerja yang baik, khususnya dalam mengejar kecemerlan­gan akademik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyampaik­an Perutusan Tahun Baharu Naib Canselor 2019 bertemakan Ihsan: Integriti dan Kewibawaan, di sini, barubaru ini.

Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor (TNC) (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UPM, Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman; TNC (Akademik dan Antarabang­sa), UPM, Prof Dr M Iqbal Saripan serta TNC Penyelidik­an dan Inovasi), UPM, Prof Dr Zulkifli Idrus.

Berwibawa

Prof Aini berkata, pencapaian dan kecemerlan­gan UPM perlu dipacu ke tahap lebih tinggi melalui pelan transforma­si yang komprehens­if pada masa hadapan.

“Kita bukan setakat mahu melihat UPM berada pada tahap kecemerlan­gan tetapi berwibawa apabila diiktiraf pihak luar dan menjadi rujukan kepakaran,” katanya.

Pada majlis itu, turut disampaika­n Anugerah Visibiliti Media UPM 2018 kepada 10 penerima terpilih mengikut kategori masing-masing.

Kategori terbabit antaranya Penulis Produktif Bidang Kepakaran, Keterlibat­an Media Tertinggi, Keterlihat­an Media Elektronik Tertinggi, Keterlihat­an Media Cetak Tertinggi, Inisiatif Keserakana­n Terbaik dan Penulis Produktif Bidang Pertanian.

 ?? [FOTO SALHANI IBRAHIM BH] ?? Prof Aini (tengah) bersama penerima Anugerah Visibiliti Media UPM 2018 di Majlis Perutusan Naib Canselor 2019 di UPM, baru-baru ini.
[FOTO SALHANI IBRAHIM BH] Prof Aini (tengah) bersama penerima Anugerah Visibiliti Media UPM 2018 di Majlis Perutusan Naib Canselor 2019 di UPM, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia