Berita Harian

Komitmen YPM, MIB lahir modal insan berkualiti

-

Gombak: Seramai 21,079 pelajar tajaan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) menerima manfaat menerusi sumbangan dana Maybank Islamic Berhad (MIB) sejak 2013 hingga tahun lalu membabitka­n peruntukan lebih RM9 juta.

Peruntukan Program Semarak Ilmu kerjasama YPM, MIB itu merangkumi program Semarak Ilmu Prime Initiative, Semarak Ilmu Enrichment Initiative dan Semarak Ilmu Bursaries.

Pengurus Kanan Bahagian Pendidikan YPM, Mat Zailani Mat Nawawi, berkata asas pembanguna­n negara yang kukuh terletak kepada kejayaan melahirkan modal insan berkualiti sekali gus dapat memenuhi ciri keperluan abad ke-21.

Sehubungan itu, katanya, pendekatan program yang dilaksana menerusi kolaborasi erat kedua-dua pihak itu adalah usaha bertepatan untuk membangunk­an pelajar berketramp­ilan dan mampu menyumbang kepada kemajuan negara.

“Menerusi Program Semarak Ilmu, program pendidikan bersepadu dirangka di mana pelajar diberi kemudahan pembelajar­an, bimbingan dan pemantauan yang sistematik oleh YPM, malah, mereka juga didedahkan dengan budaya belajar berkesan serta motivasi.

“Program ini dapat membuka minda pelajar terutama bagi membentuk generasi yang dapat meneruskan kemajuan bangsa secara lebih produktif dan berdaya saing,” katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Pelajar Program Semarak Ilmu 2019 di Kem Nur Laman Bestari, Ulu Yam, di sini, baru-baru ini.

Yang turut hadir Ketua Jabatan Pengurusan Shariah Maybank Islamic Berhad, Munawwaruz­zaman Mahmud.

Pelajar memerlukan

Pada majlis itu, YPM turut menerima replika cek berjumlah RM3.28 juta daripada pihak MIB bagi meneruskan pembiayaan program pendidikan kepada pelajar memerlukan.

Pembiayaan berkenaan termasuk penajaan untuk Skim Anak Angkat, Program Ulul Albab Generation, B40 Bursary dan Semarak Ilmu Challenged Grant pada 2018.

 ??  ?? Majlis penyerahan simbolik tajaan MIB kepada YPM bersempena Program Semarak Ilmu Khas di Kem Nur Laman Bestari, Ulu Yam.
Majlis penyerahan simbolik tajaan MIB kepada YPM bersempena Program Semarak Ilmu Khas di Kem Nur Laman Bestari, Ulu Yam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia