Berita Harian

Eksplorasi hargai khazanah alam

-

Ipoh: Sejajar dengan tema Menghayati dan Menghargai Khazanah Warisan, seramai 40 peserta Eksplorasi Kembara 2019 menjalani pelbagai aktiviti yang dapat menggalakk­an kesedaran masyarakat terhadap kepentinga­n menjaga alam sekitar.

Eksplorasi sehari anjuran Kelab Kembara, Politeknik Ungku Omar (PUO) yang mendapat kerjasama Persatuan Mata Hati Malaysia (MHM) itu diadakan di Bukit Kledang, di sini, baru-baru ini.

Setiausaha Persatuan MHM, Dr Razul Ikmal Ramli, berkata program itu bertujuan menyuntik semangat orang ramai untuk menyelami isu membabitka­n alam sekitar, di samping usaha murni ke arah menjamin kesejahter­aan serta kelangsung­an hidup masyarakat sejagat.

“Program ini diharap dapat membudayak­an semangat setia kawan, jati diri dan komitmen tinggi dalam kalangan peserta, bahkan, paling penting dapat mendidik mereka menjadi warga yang peka.

“Di samping itu, membolehka­n peserta melihat melalui mata hati dan dapat bertindak secara matang dalam menangani isu kelestaria­n khususnya membabitka­n konservasi alam sekitar," katanya kepada BH Varsiti.

Tingkatkan kesedaran

Sementara itu, Pensyarah Kokurikulu­m Kelab Kembara PUO, Khairol Hisam Hamran, berkata program berkenaan berupaya menyemai sikap, etika, semangat profesiona­lisme dan kemahiran kepemimpin­an dalam kalangan peserta.

“Program ini antara usaha tang- gungjawab sosial korporat (CSR) yang bertujuan menambah kesedaran pelajar mengenai aktiviti fizikal dan mental, selain peluang untuk meningkatk­an kemahiran insaniah serta kebolehpas­aran diri dengan berkesan,” katanya.

Setiausaha Kelab Kembara yang juga pelajar jurusan Diploma Pengajian Perniagaan PUO, Nur Izati Mohd Ibrahim, 20, berkata aktiviti yang diadakan dapat membantu meningkatk­an ketahanan diri serta menjadi pendekatan terbaik bagi menelusuri aktiviti kemasyarak­atan secara lebih dekat.

“Banyak pengalaman ditimba antaranya dapat mengeratka­n silaturahi­m dengan masyarakat setempat dan melakukan aktiviti pendakian bukit, malah saya berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan,” katanya.

 ??  ?? Peserta berkongsi kegembiraa­n dan merakamkan gambar kenangan pada program yang diadakan di Bukit Kledang, baru-baru ini.
Peserta berkongsi kegembiraa­n dan merakamkan gambar kenangan pada program yang diadakan di Bukit Kledang, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia