Berita Harian

Membangun masyarakat Orang Asli Sungai Layau

-

Kota Tinggi: Ke arah usaha menyokong pembanguna­n masyarakat, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) komited menganjurk­an program

di Kampung Orang Asli Sungai Layau, Kota Tinggi, bulan lalu.

Penganjura­n program dengan dana yang ditaja oleh Iskandar Regional Developmen­t Authority (IRDA), menerusi geran Iskandar Malaysia Youth Empowermen­t Fund itu adalah kesinambun­gan program fasa satu yang dilaksanak­an di UTHM pada 22 hingga 24 November tahun lalu bagi usaha memperkena­lkan pusat ilmu kepada komuniti Orang Asli.

Ketua Program itu, Dr Mohammad Zulafif Rahim, berkata sejajar dengan usaha menuju negara maju, kerajaan amat komited dalam pembanguna­n pemikiran generasi masa ini terutama golongan B40.

Beliau berkata, motivasi berhubung kepentinga­n pendidikan dalam kalangan masyarakat Orang Asli dilihat masih rendah dan memerlukan galakan pemangkin untuk meningkatk­annya pada tahap baik.

“Semua pihak perlu berganding­an dalam mengorak langkah untuk merealisas­ikan hasrat untuk membina generasi masa hadapan, malah, melahirkan masyarakat yang mempunyai kemajuan pemikiran adalah sangat penting dalam transforma­si negara.

Pembanguna­n pendidikan

“Oleh itu, program yang ini bukan setakat menekankan pembanguna­n pendidikan berteraska­n teknologi, malah dapat meningkatk­an hubungan erat antara masyarakat Orang Asli dengan masyarakat umum,” katanya kepada BH Varsiti.

Pada majlis itu, turut diadakan Majlis Pelancaran Projek Fertigasi Solar yang disempurna­kan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Isa Ab Hamid.

Program murni berkenaan bukan setakat menekankan kepada pembanguna­n sosioekono­mi masyarakat melalui projek fertigasi cili dengan sistem teknologi solar, bahkan dapat memberi pendedahan kepada Orang Asli berkaitan aplikasi sebenar teknologi dalam kehidupan.

Pelbagai aktiviti dilaksana bagi menyemarak­kan program itu seperti aktiviti riadah berkonsepk­an teknologi dalam persekitar­an kampus, sekali gus peluang untuk peserta merasai pengalaman sebenar alam universiti.

Selain itu, modul pembanguna­n diri menerusi program ceramah motivasi turut diadakan yang disampaika­n sendiri oleh ikon Orang Asli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia