Berita Harian

Generasi Z pencorak masa depan

Sebahagian besar minat dalam kerjaya berkaitan teknologi

- Oleh Nor Azma Laila

Generasi Z di negara ini yang akan memasuki dunia pekerjaan kini mengharapk­an tempat kerja berkonsepk­an digital tetapi pada masa sama masih menghargai interaksi sesama manusia.

Hasil kajian Gen Z: The

yang dijalankan mendapati 71 peratus generasi digital menganggap mereka mahir secara digital, tetapi 97 peratus bimbang mereka kekurangan kemahiran insaniah yang diperlukan.

Generasi era digital juga bersemanga­t untuk membentuk dunia pekerjaan pada masa depan dengan menerajui dan membantu orang lain, tetapi berpendapa­t interaksi manusia kekal sebagai komponen penting di tempat kerja.

Meskipun generasi berkenaan mula berinterak­si dengan peralatan elektronik sejak lahir dan membesar dengan media sosial, tetapi mereka tetap mengharapk­an interaksi sesama manusia di tempat kerja.

Sebanyak lapan daripada 10 (81 peratus responden) mengharapk­an untuk belajar daripada rakan sekerja atau orang lain, bukan secara dalam talian, manakala 74 peratus memilih bercakap secara berdepan berbanding komunikasi berasaskan teks melalui teknologi.

Selain itu, 55 peratus lagi memilih untuk bekerja di pejabat berbanding bekerja dari rumah dan 66 peratus pula mahu bekerja secara berkumpula­n berbanding kerja bersendiri­an.

Teknologi terkini

Sementara itu, Naib Presiden Strategi Teknologi, Dell Technologi­es, Danny Cobb, berkata Generasi Z diakui mempunyai kemahiran data sains dan teknologi terkini tetapi paling mengejutka­n ialah kematangan digital yang dibawa ke dunia pekerjaan.

“Kita tidak membesarka­n generasi robot. Generasi Z melihat teknologi bukan sahaja sebagai alat yang membolehka­n kemajuan manusia itu berlaku tetapi juga sebagai medium untuk memperkasa­kan lagi bidang maklumat dan gabungan visi itu adalah sesuatu perkara yang luar biasa,” katanya.

Kajian yang dijalankan Dell Technologi­es itu membabitka­n 4,300 pelajar Generasi Z dari Asia Tenggara, termasuk Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan 724 responden dari Malaysia.

Secara keseluruha­n, hasil kajian yang diperoleh menunjukka­n persamaan antara Generasi Z di Malaysia dan negara Asia Tenggara lain.

Kajian itu juga menunjukka­n 90 peratus Generasi Z di Malaysia dan Asia Tenggara mempunyai minat yang mendalam terhadap kerjaya berkaitan teknologi.

Sebanyak 41 peratus pelajar Malaysia berminat dalam kerjaya teknologi maklumat, 44 peratus (keselamata­n siber) dan 54 peratus (penyelidik­an teknologi dan pembanguna­n), manakala 98 peratus pelajar pernah menggunaka­n teknologi sebagai sebahagian daripada pendidikan formal dan 94 peratus lagi berpendapa­t teknologi ditawarkan majikan menjadi faktor mereka memilih pekerjaan ditawarkan.

Mesin dan manusia

Sementara itu, Pengurus Negara-malaysia, Dell EMC, KT Ong, berkata dalam era kerjasama antara mesin dengan manusia, Generasi Z menunjukka­n bahawa mereka mempunyai sifat digital secara semula jadi tetapi pada masa yang sama meletakkan interaksi sesama manusia di tempat yang sama penting dengan teknologi.

“Sebagai negara yang bergerak menuju dunia tanpa sempadan moden dan maju, kita kini berada di puncak perubahan yang mana akan diterajui serta dibentuk oleh Generasi Z.

“Oleh itu, Malaysia perlu memahami ciri digital dan nilai kemanusiaa­n yang dimiliki generasi ini, mengambil kira kebimbanga­n mereka dan mencari pendekatan terbaik untuk menerima mereka dalam dunia perniagaan dan pekerjaan bagi memacu kejayaan lebih besar pada masa depan,” katanya.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Kemahiran digital menjadi antara kemahiran utama dimiliki Generasi Z yang bakal menerajui dunia pekerjaan masa depan.
[FOTO HIASAN] Kemahiran digital menjadi antara kemahiran utama dimiliki Generasi Z yang bakal menerajui dunia pekerjaan masa depan.
 ??  ?? KT Ong
KT Ong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia