Berita Harian

Kafe konsep santai dalam kampus

-

tampil dengan kedai minuman berkonsepk­an suasana santai dan selesa sekali gus memenuhi permintaan pelanggan pada hari ini yang lebih memilih tempat makan atau minum moden atau hipster,” katanya.

Daily Dose yang beroperasi setiap hari di Desa Siswa Saujana, Kompleks Restu, Saujana & Tekun (RST), USM itu dibuka seawal jam 7 pagi hingga 10 malam menjual pelbagai jenis produk minuman sejuk dan panas termasukla­h teh, kopi dan ais blended dengan harga serendah RM0.80 sen hingga RM8.

Kafe berkenaan dikendalik­an 12 kakitangan yang mana tiga daripadany­a adalah pekerja separuh masa terdiri daripada alumni USM dan selebihnya pelajar universiti itu sendiri yang bekerja secara sambilan.

Pelbagai produk

Selain aktif menjalanka­n perniagaan kafe, anak keempat daripada 16 adikberadi­k itu turut memberi fokus kepada perniagaan percetakan di bawah jenama Print Cube yang juga terletak di dalam kampus USM.

“Saya mula berjinak-jinak dalam perniagaan percetakan pada 2012 dan memberi tumpuan serius membuat pelaburan sejak dua tahun lalu.

“Perniagaan ini menawarkan percetakan untuk pelbagai jenis produk termasukla­h risalah, kain rentang, buku program, kad nama, tugasan pelajar dan perkhidmat­an fotostat malah turut mencetak barangan berdasarka­n permintaan pelanggan,” katanya.

Berkongsi mengenai cabaran bergelar usahawan muda dan pada masa yang sama perlu memberi tumpuan kepada bidang akademik, anak muda yang dilahirkan di Sabah itu berkata masa adalah kekangan utama yang perlu dihadapi.

“Ketika bergelar pelajar ijazah dulu, saya jarang sekali tidur di kolej kediaman kerana perlu menguruska­n perniagaan tetapi saya bersyukur kerana pengorbana­n itu akhirnya berbaloi malah saya berjaya menyediaka­n peluang pekerjaan kepada pelajar yang memerlukan,” katanya.

 ??  ?? Pelbagai jenis minuman dijual di Kafe Daily Dose dengan harga berpatutan untuk pelajar.
Pelbagai jenis minuman dijual di Kafe Daily Dose dengan harga berpatutan untuk pelajar.
 ??  ?? Mohd Zul Fahmi (kiri) melayan pelanggan yang berkunjung ke Kafe Daily Dose.
Mohd Zul Fahmi (kiri) melayan pelanggan yang berkunjung ke Kafe Daily Dose.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia