Berita Harian

Cabar diri terokai alam kampus

Mahasiswa perlu belajar mengurus, mengatur kehidupan sendiri

-

Alam kampus tidak terbatas dengan menghadiri kuliah, menyiapkan tugasan diberikan pensyarah, mengulangk­aji pelajaran dan menduduki peperiksaa­n pada setiap akhir semester. Kehidupan kampus perlu dinikmati dan semestinya mengenai cabaran berdikari dan merebut sebanyak mana peluang di universiti.

Apabila memasuki dunia kampus, mahasiswa bukan sahaja perlu mempersiap­kan diri untuk menyesuaik­an diri dengan suasananya tetapi mereka juga sebenarnya mempersiap­kan diri untuk bersaing dan memasuki alam kerjaya.

Beberapa panduan ini boleh diikuti untuk mahasiswa menerokai dan menikmati alam kampus.

Pertama, rancang kehidupan seharian di kampus. Cabaran paling besar di universiti adalah mahasiswa perlu belajar mengurus dan mengatur kehidupan mereka sendiri. Jadi mereka perlu ambil cabaran dan pertimbang­an untuk sediakan jadual kehidupan kampus dengan memberikan keutamaan kepada perkara yang penting.

Mahasiswa selalunya mengalami kesukaran untuk menyesuaik­an diri kerana di universiti mereka harus disiplin dengan jadual pengajian dan aktiviti luar bilik kuliah. Mahasiswa perlu mengatur masa ke kelas, menyiapkan tugasan, menelaah pelajaran, beriadah dan juga masa untuk terbabit dengan aktiviti kurikulum.

Percayalah kehidupan di universiti adalah antara yang paling menyeronok­kan dengan syarat mahasiswa tidak hanya membataska­n diri hanya dengan rutin ke kelas, makan dan tidur.

Ambil peluang

Kedua, aktifkan diri dalam kegiatan persatuan. Ambil peluang untuk terbabit dengan pelbagai program di dalam kampus sama ada program berbentuk ilmiah dan santai secara aktif yang dianjurkan oleh pelbagai persatuan, kelab dan badan pelajar.

Terdapat pelbagai persatuan dan kelab pelajar yang menarik di universiti dan menjadi platform untuk menerokai serta menggilap potensi diri dalam bidang yang mereka gemari seperti kebudayaan, kesenian, kesukanan dan pengucapan awam.

Pada masa sama, ambil peluang mencabar diri menimba pengalaman menguruska­n program di kampus bermula daripada program kecil sehingga program mega bertaraf antarabang­sa. Melaluinya keyakinan diri dan kemahiran komunikasi dapat ditingkatk­an apabila perlu berurusan dengan pelbagai pihak dan melatih diri menjadi pemimpin dan pengurus yang baik.

Ketiga, membabitka­n diri dalam aktiviti kesukarela­wanan. Usia muda adalah masa terbaik untuk diberi pendedahan mengenai kesukarela­wanan dan peluang melanjutka­n pengajian ke institusi pengajian tinggi adalah satu kelebihan kerana di universiti pelbagai program kesukarela­wanan boleh diceburi.

Beranikan diri bergeluman­g dalam program kesukarela­wanan seperti turun menyantuni pelbagai lapisan masyarakat di kota, desa mahupun ceruk pedalaman untuk menyumbang tenaga, pemindahan ilmu pengetahua­n dan kepakaran sebagai agen perubahan.

Melalui program ini dapat membuka pemikiran, memugar kematangan dan menajamkan kefahaman yang lebih luas mengenai realiti sebenar kehidupan di luar sana.

Keempat, sedia berdamping dengan ‘orang lama’. Kehidupan kampus adalah di mana mahasiswa dibenarkan untuk melakukan kesilapan kerana ia adalah sebahagian daripada proses pembelajar­an. Selalu berdamping dan merujuk dengan insan yang sudah terbiasa dengan cabaran kehidupan di kampus seperti senior, pensyarah dan pentadbir universiti. Ingat pesan orang tua, ‘malu bertanya sesat jalan’.

Nilai kepemimpin­an

Kelima, letakkan keazaman sentiasa mahu buat yang terbaik. Memasuki alam kampus, mahasiswa perlu berusaha secara gigih dan pintar kerana tiada jalan pintas untuk berjaya di universiti. Mahasiswa seharusnya meletakkan keazaman untuk sentiasa melakukan yang terbaik dalam akademik dan kokurikulu­m bagi mendapatka­n keputusan yang terbaik.

Bagaimanap­un, pada masa sama perlu sentiasa berfikiran positif dan tidak putus asa apabila menghadapi kegagalan terutamany­a pada awal tahun pengajian di universiti. Sekiranya mahasiswa gagal kali pertama, jangan terus rebah sebaliknya cepat belajar daripada kesilapan dan bangkit sehingga berjaya.

Keenam, mantapkan nilai kepemimpin­an diri. Sebagai persiapan ke alam kerjaya, seseorang mahasiswa perlu melengkapk­an diri mereka di kampus dengan mencari ruang dan peluang untuk memantapka­n penerapan nilai kepimpinan yang baik dan mampan pada diri sendiri khususnya serta rakan sepengajia­n.

Terdapat tiga nilai yang perlu diberi perhatian kerana ia akan mencorak perwatakan dan pembawaan diri mahasiswa semasa di universiti dan alam kerjaya kelak iaitu Berintegri­ti (Integrity);

Berkeboleh­an (Competent)

dan Bersikap Merendah Diri (Humility).

Ketujuh, ceburi kerjaya yang diminati. Bukan sesuatu yang asing kini apabila ramai graduan yang memilih bidang kerjaya tidak selari dengan bidang pengajian di universiti dahulu. Mahasiswa harus bersedia awal membina portfolio dan ilmu dalam bidang baharu semasa di kampus lagi sekiranya mempunyai kecenderun­gan memilih kerjaya lain dari bidang.

Buat keputusan awal terhadap minat atau kemahiran yang ingin diterokai dan buat yang terbaik. Insya-allah, reputasi hasil kerja anda akan mendahului diri anda kelak.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia