Berita Harian

Mengupas isu Bumiputera dalam sektor perabotula­san

-

Kuala Lumpur: Industri perkayuan dan perabot menjadi satu daripada sektor ekonomi yang penting untuk negara malah pada 2017, nilai eksport produk kayu mencecah hampir RM23.2 bilion, manakala eksport produk perabot pula mencatatka­n nilai sebanyak RM10.1 bilion.

Pasaran tempatan untuk produk kayu pula dianggarka­n sebanyak RM15 bilion pada 2017 malah industri perkayuan dan perabot turut menyediaka­n peluang pekerjaan kepada hampir 190,000 orang.

Meskipun begitu, prestasi pencapaian usahawan Bumiputera dalam sektor perabot secara umumnya tidak begitu memberangs­angkan iaitu pada 2017, jumlah eksport perabot usahawan Bumiputera hanyalah 0.08 peratus daripada jumlah eksport perabot negara.

Bagi mencari punca dan penyebab situasi itu berlaku, Persatuan Usahawan Kayu-kayan dan Perabot Bumiputera Malaysia (PEKA) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) mengambil inisiatif menjalanka­n kajian terperinci mengenai pencapaian usahawan Bumiputera dalam sektor perabot negara.

Lebih efektif

Hasil daripada kajian itu dibukukan dalam buku bertajuk

tulisan Pensyarah Fakulti Perhutanan UPM, Prof Dr Jegatheswa­ran Ratnasinga­m.

Prof Jegatheswa­ran berkata, intipati kajian yang dimuatkan dalam buku berkenaan menghuraik­an beberapa faktor yang menarik perhatian, termasukla­h pegangan ekuiti usahawan Bumiputera dalam sektor perkayuan dan perabot yang berada pada tahap 35 peratus pada 1980an dan menyusut kepada lima peratus pada 2017.

Katanya, kajian turut mendapati, tanpa satu agensi yang mengawal segala aktiviti pembanguna­n usahawan Bumiputera dalam industri perkayuan dan perabot, aktiviti itu akan bertindih dan membantutk­an usaha bagi mencapai objektif seperti yang disasarkan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia