Berita Harian

Inovasi kesan gelombang otak manusia

Mampu kenal pasti keadaan seseorang, uji tahap stres

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

Melihat kepada perkembang­an pesat bidang psikologi dan biologi manusia serta keperluan rawatan bagi mengesan penyakit berkaitan mental mendorong sekumpulan penyelidik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di sini, membangunk­an produk dinamakan EEG Feature Extractor.

Ketua penyelidik­nya, Dr Norfaiza Fuad, berkata penyelidik­an inovasi kola- borasi dengan Universiti Teknologi MARA (UITM) dan Kolej Poly-tech MARA Batu Pahat itu bertujuan mengesan gelombang pada otak manusia.

Beliau yang juga Pensyarahk­anandijaba­tankejurut­eraan Komputer, Fakulti Kejurutera­an Elektrik dan Elektronik UTHM berkata, alat berkenaan mempunyai enam pengesan yang dipasang pada beberapa bahagian kepala manusia, di samping dapat mengesan gelombang seperti alfa, beta, theta serta delta.

“Hasil cerapan keempatemp­at gelombang ini, kumpulan kami berjaya membangunk­an satu aplikasi mudah alih yang berupaya memformula­si dan menghasilk­an beberapa pengukur keadaan manusia serta boleh digunakan mengikut bidang kajian dijalankan.

Bangunkan prototaip

“Projek ini sudah bermula sejak 2013 di mana idea atau konsep asas kepada produk ini turut dibentangk­an pada satu persidanga­n penyelidik­an di Ireland,” katanya kepada BH Varsiti.

Sehubungan itu, satu prototaip produk dibangunka­n dan beberapa siri ujian cerapan dijalankan bagi mengenal pasti tahap ketepatan dan keupayaann­ya.

Berkongsi mengenai keistimewa­an produk berkenaan, Dr Norfaiza berkata, inovasi itu adalah bagi membangunk­an algoritma dan sistem mengesan corak gelombang otak manusia menggunaka­n metodologi Brain Balance Index serta Artificial Neural Network

(ANN).

Pembanguna­n algoritma boleh diklasifik­asikan sebagai asas kepada aplikasi yang menggunaka­n corak gelombang otak.

“Produk ini berupaya mengesan keadaan seseorang, antaranya potensi dan perkembang­an mereka seperti menguji tahap stres serta fokus dalam pelaksanaa­n tugasan harian.

Mudah alih

“Menariknya, produk pengesan gelombang otak mudah alih ini boleh dibawa dan digunakan pada bilabila masa tanpa terikat kepada ruang mahupun tempat,” katanya.

Dr Norfaiza berkata, pro- duk berimpak tinggi itu kini turut digunakan dalam pelbagai kajian, termasuk bagi pesakit strok dan kanak-kanak yang mengalami masalah disleksia.

“Kami bercadang untuk melakukan penambahba­ikan dari segi penggunaan bahan dan perkakasan agar lebih fleksibel, selain sesuai digunakan bagi semua saiz kepala merangkumi pelbagai peringkat umur.

“Kos penghasila­n kajian ini diperoleh daripada geran penyelidik­an yang diberikan oleh pihak Kementeria­n Pendidikan (KPM) dan UTHM sendiri,” katanya.

 ??  ?? Dr Norfaiza menerima anugerah yang disampaika­n oleh Setiausaha Agung Majlis Penyelidik­an Kebangsaan Thailand,
Prof Sirirurg Songsivila­i di Bangkok, baru-baru ini.
Dr Norfaiza menerima anugerah yang disampaika­n oleh Setiausaha Agung Majlis Penyelidik­an Kebangsaan Thailand, Prof Sirirurg Songsivila­i di Bangkok, baru-baru ini.
 ??  ?? Penyelidik dari Kolej Poly-tech MARA Batu Pahat, Mohd Arwandi Marwan sedang menguji produk EEG Feature Extractor yang dibangunka­n.
Penyelidik dari Kolej Poly-tech MARA Batu Pahat, Mohd Arwandi Marwan sedang menguji produk EEG Feature Extractor yang dibangunka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia