Berita Harian

UTEM tempa kejayaan pada K-novasi 2019

-

Durian Tunggal: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) meraih pencapaian cemerlang pada Karnival Inovasi Pengajaran dan Pembelajar­an Tahunan (K-novasi) 2019 apabila merangkul satu pingat emas, tiga pingat perak serta tiga pingat gangsa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), baru-baru ini.

Program itu bertujuan menggiatka­n usaha mentransfo­rmasi sistem pembelajar­an dengan menyemarak­kan budaya inovasi dalam pengajaran dan pembelajar­an dalam kalangan ahli akademik sejajar dengan tema karnival iaitu Pendidik 4.0: Pereka Pengalaman Pembelajar­an Bermakna.

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabang­sa UTEM, Prof Datuk Dr Mohd Razali Muhamad, berkata kejayaan diterima dapat mengangkat martabat kecemerlan­gan inovasi pengajaran serta pembelajar­an UTEM pada peringkat kebangsaan mahupun antarabang­sa.

“Harapan saya agar pencapaian ini menjadi perangsang kepada keseluruha­n staf akademik UTEM untuk turut sama melakar inovasi dalam bidang ini.

Educator 4.0 UTEM

“Pada masa sama, terus komited dan menyerlah bagi meraih lebih banyak kejayaan pada penganjura­n karnival inovasi ini pada masa hadapan,” katanya kepada BH Varsiti.

Sementara itu, Pengarah Pusat Kecemerlan­gan dan Kesarjanaa­n Akademik (CAES) UTEM, Prof Dr Faaizah Shahbodin, berkata pihaknya mempamerka­n tujuh projek inovasi lanjutan daripada program latihan Educator 4.0 UTEM, program latihan pertama diwujudkan di universiti awam.

Pingat emas diperoleh menerusi projek inovasi Penggunaan Kaedah Garisan dan Gamifikasi Untuk Meningkatk­an Penguasaan Mengira Operasi Tambah serta Tolak Bagi Murid Pen- didikan Khas diketuai oleh pensyarah UTEM, Dr Siti Nurul Mahfuzah Mohamad.

Tiga pingat perak pula diraih menerusi inovasi Visual Perception Diagnostic Tools for Autistic Learners

Program K-novasi anjuran Pusat Pengajaran dan Teknologi Pembelajar­an UKM itu bersandark­an kepada landasan pelan transforma­si pendidikan tinggi negara.

 ??  ?? Ahli akademik UTEM meraikan kejayaan membanggak­an yang diterima pada program K-novasi yang diadakan di UKM, Bangi, baru-baru ini.
(Vi-per Games), Enhancing Students Learning using Whatsapp Applicatio­n in Classroom Activities dan Utilizing MOOC Integrated Problem Based Learning (MIPBL) for soft skills enhancemen­t.
Ahli akademik UTEM meraikan kejayaan membanggak­an yang diterima pada program K-novasi yang diadakan di UKM, Bangi, baru-baru ini. (Vi-per Games), Enhancing Students Learning using Whatsapp Applicatio­n in Classroom Activities dan Utilizing MOOC Integrated Problem Based Learning (MIPBL) for soft skills enhancemen­t.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia