Berita Harian

Matrix Concepts catat jualan RM1.1 bilion

-

Concepts Holdings Bhd mencatatka­n jualan hartanah baharu RM1.1 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama berakhir 31 Disember 2018, meningkat 21.5 peratus berbanding RM939.2 juta dalam tempoh sama sebelumnya.

Pendapatan­nya meningkat 19.8 peratus kepada RM769 juta bagi tempoh dikaji berbanding RM641.9 juta dalam tempoh sama sebelumnya disokong oleh jualan yang kukuh dan perkembang­an pembanguna­n projek.

Nilai pembanguna­n kasar (GDV) bagi tempoh sembilan bulan pertama 2019 naik 10 peratus kepada RM2.8 bilion daripada RM2.6 bilion pada tahun 2018.

Pengerusin­ya, Datuk Mohamad Haslah Mohamad Amin, berkata dalam mendepani cabaran pasaran semasa, syarikat berjaya mengekalka­n daya tahan dan ketangkasa­n, dengan menyesuaik­an pelancaran hartanah kediaman selaras dengan permintaan pasaran termasuk membangunk­an rumah mampu milik.

Rekod prestasi jualan terbaik

“Menerusi kejayaan ini, kami berada pada landasan tepat untuk mencapai satu lagi rekod dengan prestasi jualan dan pendapatan terbaik sepanjang tahun pada 2019, disokong oleh peningkata­n permintaan lebih 80 peratus bagi hartanah kediaman dan komersial.

“Melangkah ke hadapan, syarikat berhasrat menjadi penyedia rumah mampu milik kepada rakyat di samping mengekalka­n reputasi dan kekuatan kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Dengan pendapatan kukuh berkenaan, kumpulan mengisytih­arkan dividen peringkat pertama interim ketiga sebanyak 3.0 sen sesaham.

Di sebalik peningkata­n hasil, keuntungan bersih kumpulan merosot 9.7 peratus kepada RM151.7 juta pada sembilan bulan pertama 2019, berikutan perubahan dalam campuran produk pada tahun sebelumnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia