Berita Harian

Untung bersih Damansara Realty naik 9.4 peratus

-

Realty Bhd merekodkan peningkata­n keuntungan bersih sebanyak 9.4 peratus kepada RM19.5 juta bagi tahun berakhir 31 December 2018, sebahagian besarnya didorong oleh pertumbuha­n kukuh dalam segmen Pengurusan Kemudahan Bersepadu (IFM).

Pendapatan bagi tempoh dikaji melonjak 21.9 peratus kepada RM304.13 juta daripada RM249.48 juta pada tahun sebelumnya.

Keuntungan sebelum cukai meningkat 32.9 peratus kepada RM25.41 juta dan keuntungan operasi naik 29 peratus kepada RM26.67 juta.

Keuntungan melonjak

Selepas melaraskan perbelanja­an sekali untuk latihan korporat tahun lalu, keuntungan operasi kumpulan melonjak lebih 300 peratus kepada RM20.67 juta pada 2018, berbanding RM6.57 juta pada 2017.

Pengarah Urusan Kumpulan, Brian Iskandar Zulkarim, berkata peningkata­n ketara dalam pendapatan berulang adalah cerminan kepada keupayaan kumpulan untuk menjana pendapatan berkualiti lebih tinggi, sejajar dengan peralihan fokus perniagaan ke pasaran pertumbuha­n tinggi dan projek berkeuntun­gan tinggi.

Catat untung bersih

“Memiliki pelbagai aliran pendapatan berulang menimbulka­n kesan pasaran hartanah yang perlahan, dengan IFM menjadi pemacu utama keuntungan dan pertumbuha­n organik yang mampan,” katanya pada kenyataan, semalam.

Melangkah ke hadapan, katanya, syarikat akan menumpukan untuk mengembang­kan kemampuan IFM dalam teknologi dan inovasi bagi membolehka­n pelanggann­ya meningkatk­an kecekapan, produktivi­ti dan automasi di samping mengurus peningkata­n kos buruh.

Bagi suku keempat berakhir 31 December 2018, Damansara Realty mencatatka­n keuntungan bersih sebanyak RM14.88 juta daripada pendapatan RM82.3 juta.

 ??  ?? Brian Iskandar Zulkarim
Brian Iskandar Zulkarim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia