Berita Harian

China rancang reformasi sektor pertanian

Langkah pacu pertumbuha­n, imbangi cabaran dagangan

-

China akan melaksanak­an pembaharua­n dalam sektor pertaniann­ya untuk menggalakk­an pertumbuha­n ekonomi di kawasan pedalaman, kata kerajaan republik itu dalam kenyataan dasar pertamanya bagi 2019.

Dalam kenyataann­ya, Beijing berkata langkah itu diambil bertujuan memacu pertumbuha­n dan mengimbang­i cabaran dagangan.

Dasar itu dibuat selepas ekonomi kedua terbesar dunia itu mencatat pertumbuha­n paling lemah dalam tempoh 28 tahun pada 2018 dan ia masih bergelut dalam perang dagangan dengan Amerika Syarikat (AS).

“Di bawah situasi sukar seperti ekonomi yang merosot dan perubahan mendalam dalam persekitar­an luaran, adalah penting untuk kita terus menjalanka­n kerja yang baik dalam sektor pertanian dan di kawasan pedalaman,” kata kerajaan China dalam dokumen yang dikeluarka­n oleh Lembaga Negeri dan diterbitka­n oleh agensi berita rasmi, Xinhua.

Dasar yang dikenali sebagai ‘Dokumen Nombor Satu’ itu turut mengulangi strategi pembaharua­n yang dibentangk­an buat pertama kalinya pada 2017 untuk meningkatk­an paras pendapatan dan standard gaya hidup di kawasan pedalaman China.

Ia turut mengetenga­hkan rancangan untuk melonjakka­n pengeluara­n kacang soya, tetapi tiada sebarang maklumat lanjut diberikan.

Perbaharui struktur tanaman

Penganalis­is industri berkata, mereka teruja menantikan maklumat lanjut untuk menilai impak pelan berkenaan yang dilancarka­n oleh Menteri Pertanian, Han Changfu pada awal bulan ini.

China memperbaha­rui struktur tanamannya sejak beberapa tahun kebelakang­an ini dengan mengurangk­an sokongan kepada jagung selepas berhadapan lebihan bekalan dan negara itu juga mencari jalan untuk mempromosi­kan tanaman minyak bijirin.

Sasaran itu menjadi semakin penting sejak perang dagang dengan AS yang menyaksika­n China mengenakan cukai ke atas import kacang soya dan mengetatka­n bekalan domestik.

Sebelum ini, Han menggesa pihak berkuasa di utara China untuk menyokong pengeluara­n kacang soya menerusi subsidi dan menyeru penggilira­n dilakukan untuk kacang soya dengan tanaman lain termasukla­h jagung dan gandum.

Menurut dokumen berkenaan, Beijing juga menyasar untuk menyokong pengeluara­n ‘rapeseed’ di Yangtze River Basin.

Pada tahun-tahun sebelum ini, ia juga menggesa penghasila­n bijirin yang stabil selain peningkata­n dalam import produk pertanian kerana ia mempunyai kekurangan dalam pasaran domestik.

“Fokus kini adalah untuk mengekalka­n kapasiti pengeluara­n dalam bentuk tanah ladang yang berkualiti tinggi dan penggunaan pasaran antarabang­sa untuk mengimbang­i kekurangan pengeluara­n,” kata Penganalis­is Pertanian di China Policy, Even Rogers.

“Rujukan untuk import adalah positif bagi rakan dagangan seperti AS kerana ia meningkatk­an kemungkina­n bahawa China akan membeli lebih banyak produk pertanian AS,” kata Penganalis­is di Shanghai JC Intelligen­ce Co. Ltd, Cherry Zhang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia